Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Bakso

9:48 AM


Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah, mood nak update entry tiap2 hari masih ada. Barangkali kerana nak menjelang Ramadan, jadi try error macam2 resepi. Kalau sedap, boleh buat lagi time berbuka atau bersahur kelak.

Alhamdulillah bakso ni licin dimakan. Mel masukkan rempah sup tulang agar kuahnya lebih berperisa, Bebola dagingnya mel hanya letak garam sebagai bahan pengikat sama seperti dlm rancangan How to cook like Heston. Oleh kerana nak masak cepat mel perap sejam dua saja tapi tetap menjadi elok saja.

Ada lebih bebola tu, jadi keesokannya mel letak tepung beras dan goreng, memang sedap dimakan dengan nasi goreng. Lepas ni insyaAllah akan sentiasa buat bebola daging sendiri..yeahhh

Bakso 
sumber : potretkasih

Bahan-bahan
60g sawi – celur dan dipotong
60g bihun – celur dan toskan
60g mee kuning – celur dan toskan
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu makan daun sup – cincang

Untuk Kuah@Sup
1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu
4 ulas bawang putih – cincang
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan btg saderi – cincang
1 sudu makan minyak – utk menumis
1 sudu teh garam
1 inci halia – ketuk
1 sudu makan lada putih tumbuk

1 bungkus sup tulang  Adabi - mel tambah

Untuk Bebola Sapi@Bakso - mel ikut cara mel
200g daging lembu hancur
1 sudu teh garam

3 bj bawang merah - tumbuk
2 uals bawang putih - tumbuk

Bahan sampingan
Cili padi – tumbuk dgn air rebusan daging@air limau
sos tomato
kicap manis ABC

Cara-cara
1. Utk membuat bebola sapi@bakso- Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. (mel masuk terus dalam kuah bakso)
2. Utk membuat kuah – Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam, rempah sup tulang dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.
3. Utk hidangan – Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis. Hidangkan.

Tips: Rebus bebola @ bakso di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bakso @ bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.

You Might Also Like

2 comment