Assalamualaikum. Semalam terima perkhabaran adik isteri bos meninggal dunia. Kemalangan. Wassap nak ucap takziah dapat balasan 'Allah ambil satu2nya adik perempuan sy. Kena redha. Allah punya'. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Semoga diberi ketabahan untuk dia dan keluarganya. Al Fatihah
Kita yang masih hidup ni, sentiasalah beramal untuk saham di sana. Mel panjangkan resepi nasi ayam kak laily tu di sini. Persediaannya agak mudah berbanding kebiasaan nasi ayam yang mel buat. Alhamdulillah sedap. Mel paling suka sosnya. Memang sedap.
Nasi Ayam Kak Laily Yang Tersohor
Sumber: Azie
Bahan untuk Nasi
1 kilo beras - dalam 7 pot
1/2 cawan halia kisar
1/2 cawan bawang putih kisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu besar garam
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak lemak ayam
Cara caranya:
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau, masukkan garam, serbuk kunyit dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan sedikit minyak ayam dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan serta tidak hanyir bila sejuk.

Bahan untuk Ayam Goreng Madu
1 ekor ayam - bersih dan tos
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap cap Gajah
Garam
Gula
Serbuk lada sulah
Untuk dikisar
1 ibu jari halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
Cara caranya:
Bersihkan seekor ayam dan jangan dipotong. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam, kaki serta leher ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, kicap, gula, garam dan lada sulah. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 – 2 jam atas penyejat atau digantung. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.

Bahan untuk Sos
15 batang cili merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
3/4 cawan air masak - mel letak air rebusan ayam
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula
5 bj cili padi - mel tambah
Cara caranya:
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.
Sup Nasi Ayam
Air rebusan ayam
Garam
Serbuk perasa
Daun sup
Bawang goreng
Cara-caranya
Panaskan air rebusan ayam. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng.
Bahan Untuk Kicap
Kicap cap gajah
Gula
Garam
Serbuk lada sulah
Air
Cara caranya:
Masak dengan air, gula, garam dan lada sulah sehingga mendidih. Boleh guna bahan memerap ayam tadi. Sesuaikan rasa.

5 comment
Simpel juga resepinya Mel.
ReplyDeletePaberet anak2 nasi ayam...bole la kut cuba gaya mcm ni...tp tak taunya bila...hehe...
Wah . Ni memang favourite ni . Thanks for sharing (:
ReplyDeleteSedapnta mel...kak fiza suka nasik ayam...sbb mudah nak buat....ptg smlm baru ja buat mkn...he he he...nanti blh cuba resepi ni pulak la....
ReplyDeleteSalam mel.. kicap cap gajah??? hihi... xpenah jumpa lg kicap cap gajah.. nasi ayam mmg feveret semua org. confirm laju je mkn kalau buat.
ReplyDelete[ tun_telani ] - jangan kata u, mel pun 1st time dengar. mel guna kicap manis jalen je. Terbaikkk!
ReplyDelete