NASI

Nasi Lemak Halba Kukus

10:39 AM


Assalamualaikum. Nasi lemak untuk bekalan hubby ke opis. Esok ada audit, jadi hari ni kerja. Hari Ahad jadi kantin tak buka. Masak lebih, membawa ke tengahari teruslah untuk mel nanti. uhuu

Kebiasaannya masak nasi lemak, mel lagi suka kukus. Kali ni letak halba pula. Sikit saja sebab perut kami berdua ni tak tahan dengan halba. Banyak sangat mesti terciriiitt nanti. Sambal ikan bilis tu kegemaran hubby. Ada pedas, manis2 sikit. Mel sertakan sekali dengan ayam goreng, alhamdulillah siap bekal.

Selamat berhujung minggu

Nasi Lemak Halba Kukus
Resepi: mel


Bahan:
1 pot beras
1/2 cawan santan  + 1/2 cawan air - satukan
1/2 biji bawang besar (dihiris)

1/2 inci halia (tumbuk)
1 batang serai (titik)

1 helai daun pandan (disimpulkan)
1/2 sk halba
Garam secukupnya


Cara2:-
1. Panaskan kukusan. Masukkan santan dan air dalam bekas dan masukkan ke dalam periuk kukusan.

2. Basuhkan beras. Toskan. Satukan dengan halba, halia, bawang besar dan garam
3. Setelah santan mendidih, masakkan daun pandan, serai dan beras.
4. Kukus hingga nasi masak.
5. Setelah agak2 masak, kacau nasi agar masak serata..
6. Setelah betul2 masak, matikan api.


Sambal Ikan Bilis
Resepi: mel

Bahan A:-

Sedikit ikan bilis
5 bj cili kering 
2 bj bawang merah
1 ulas bawang putih 
1 in halia
1/2 in belacan

Bahan B
1 mangkuk kecil ikan bilis - basuh, tos dan goreng
1/2 bj bawang besar - hiris

1 bj ibu jari asam jawa 
1 cawan air
Garam
Gula merah

Kaedah:-
1. Panaskan sedikit minyak. Goreng bahan A asing2 sebentar. Angkat dan toskan. Setelah sejuk kisar semua.

2. Asam jawa digoreng sebentar juga. Angkat dan toskan. Satukan dengan air. Ketepikan
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan A yang telah dikisar hingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan bancuhan air asam jawa, ikan bilis. Kacau

5. Setelah mendidih, perasakan dengan garam dan gula merah.
6. Setelah menepati kepekatan yang diingini, masukkan bawang besar. Kacau rata, matikan api dan boleh dihidang

You Might Also Like

2 comment

  1. mel.. ai selalu teringin nk wat bento cantik2 kat hubby, tp dh hubby blk lunch kat umah, mmg xde nyer la nk berbekal. hihi

    ReplyDelete
  2. salam mel..

    wah, walaupun simple tapi nampak sedap..

    ReplyDelete