AYAM

Nasi Minyak & Ayam Masak Merah

10:21 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Syukur alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah beri. Sudah menjangkau hari ke enam berpuasa. Bagaimana dengan puasa anda? Di sini alhamdulillah cuaca sepanjang enam hari ni mendung dan hujan. Internet dan line telefon memang tiada, hari ni baru ada. Itupun nak bukak blog 3-4 jam baru habis loading.. Nampak gayanya tak dapatlah nak share pelbagai resepi bulan puasa ini. Tak mengapalah, barangkali Allah tak izinkan. Jadi memang tak boleh nak blogwalking. Minta maaf sesiapa yang komen dan follow blog mel, mel tak terjah balik. Nanti balik semenanjung baru leh online mungkin.

Kot2 ada di luar sana yang tiada bazar Ramadan seperti kami, bolehlah menjadikan resepi ni panduan untuk memasak hidangan berbuka. Digandingkan dengan pajeri nenas dan ayam masak merah. Resepi nasi minyak dan pajeri nenas telah ada pada entri lepas. Kali ni nak share resepi ayam masak merah sahaja. Selamat mencuba dan selamat berbuka.

Ayam Masak Merah
Resepi: Buku 300 Menu Ramadan dan Syawal

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam – dipotong 10 dan digoreng ½ masak
300g cili kisar
250g puri tomato – mel tak letak
175ml susu cair
150ml sos cili
150ml sos tomato
50g daun ketumbar – hiris
50g daun pudian – hiris
Garam & gula secukup rasa
Minyak

Bahan rempah tumis:-
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 st bunga cengkih

Bahan-bahan kisar:-
150g bawang besar
150g bawang merah
100g bawang putih
100g halia
3 batang serai

Cara memasak;-
1. Tumis bahan2 ksiar hingga berbau wangi. Masukkan cili kisar & rempah tumis. Kacau rata
2. Masukkan sos cili, sos tomato dan tomato puri. Kacau sebati dan perasakan dengan garam & gula
3. Masukkan susu cair dan didihkan sehingga kuah menjadi garing
4. Apabila kuah menjadi pekat, masukkan ayam dan gaul sebati sehingga masak
5. Ketika menghidang, tabur daun pudina dan daun ketumbar di atasnya



You Might Also Like

2 comment

  1. Salam mel.. last week sekali xde line telecom. mmg meroyan xleh guna streamyx. haha... kene pulak pencawang celcom ada yg pendek akal gi curi kabel ke apa ntah. line hidup segan mati x mau je.. mmg banyakk laa bersabar puasa2 nih..

    ReplyDelete
  2. wsalam.memang satu bintulu ke ape xde line ni? Gara2 orang yang curi cable tu.semoga diberi hidayah lah pada orang tu.

    rumah aii bukan hidup segan mati tak mau, tapi memang mati terus line.line maxis lama dah takde, line celcom langsung takde bar..merah je..waaaaa...sabarrrrr..

    ReplyDelete