AYAM

Nasi Minyak Ganu & Ayam Dendeng

4:00 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Alhamdulillah bertemu lagi hari ini Jumaat 21 September 2012. Hujan turun renyai-renyai selepas hubby pulang dari solat jumaat tadi. Lama sudah tak hujan. Air sungai pun dah nak kering. Memandangkan air sungai tu sumber air paip di rumah, jadi kalau kering air sungai tu maka slow lah aliran air di rumah ni. Harus dicatu agar semua orang dapat manfaatnya. Sebab itu kadang2 slow, kadang2 laju air paip. Bila berhadapan keadaan ni, baru nak bersyukur. Dulu di Semenanjung tak fikir semua tu. Tapi tak mengapa sekarang sudah sedar, harus sentiasa berjimat dan bersyukur.

Di rumah ni memang selalu dah buat nasi minyak tapi ini kali pertama aku letak pewarna. Suka betul masa menghidang siap dipuji lagi nasi yang comel rupanya. Hubby bukan jenis penggemar nasi, dia lebih suka makan lauk banyak tapi nasi sedikit. Berbanding dengan aku suka nasi banyak tapi lauknya harus sedikit. Kebiasaannya aku ni makan tak cukup nasi, hubby pula nasi tak habis, jadi aku lah tolong habiskan. Aturan Tuhan, suami isteri dijodohkan untuk saling melengkapi. Memang jarang sekali hubby tambah nasi tapi masak nasi minyak ni tadi digandingkan dengan ayam dendeng, buatnya bertambah nasi. Mungkin sebab hubby orang Terengganu, jadi memang kena dengan seleranya. Aku suka betul. Yela dapat masak sedap2 untuk hubby nak pergi kerja. Alhamdulillah. Ayam dendeng resepi pak Engku ni mudah je nak buat dan adanya bawang goreng menambahkan kesedapannya. Sangat disyorkan!

Resepi: K. Noorma

NASI MINYAK TERENGGANU - Hidangan utk 5 org

Bahan-bahan:

3 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air - jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras trsbt.
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
2 helai daun pandan -disimpul

Bahan utk menumis:

1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 in halia
dimayang
3 ulas bawang merah dimayang
1 ulas bawang putih
dimayang

Cara membuat:

Beras dicuci kemudian ditoskan
Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk. Masukkan bahan tumis
Goreng hingga naik bau/kekuningan
Masukkan beras dan daun pandan, kacau sekata
Masukkan air dan susu
Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika
Kemudian gemburkan nasi guna garpu
Sedia dihidangkan bersama lauk pauk


AYAM DENDENG
By: Pak Engku

Sumber: K. Ita
1 ekor ayam - dipotong 12
100 gm bawang goreng
2 ketul gula Melaka
2 sudu makan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa


Bahan Kisar dan Tumis
5 tangkai cili kering - digoreng dan dikisar (ita tambah 5 tangkai lagi supaya pedas sedikit)
10 ulas bawang merah - dikisar
2 inc halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
5 biji buah pelaga
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
Kaedah:

Ayam digoreng seketika dan angkat
Tumis buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. bila sudah kekuningan, masukkan bahan kisar.
Bila sudah naik baunyer, masukkan air asam jawa dan juga gula Melaka. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
masukkan ayam dan gaul rata.
Bila ayam telah masak sepenuhnyer barulah masukkan bawang goreng. Biarkan hingga kuah kering dan bolehlah diangkat untuk dihidangkan.



You Might Also Like

0 comment