Romantik Dalam Rumahtangga
9:12 PM
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Syukur ke hadrat Ilahi, masih diberi nafas dan kesihatan yang baik pada hari ini untuk menjalankan tugas dan berkasih sayang di bumi Allah. Bagaimana anda hari ini dengan pasangan anda? Pagi-pagi nak pergi kerja salam tangan suami tak? Hantar sms rindu tak setelah seharian bekerja? Tak buat? Esok bolehlah buat ye.. Tak reti? Kalau tak mulakan dari sekarang, bila nak reti kan?
Sikap romantik bukan pilihan tetapi satu tanggungjawab. Pasangan yang tak romantik, tak ikut sunnah sebab Rasulullah romantik. Jadi kena belajar romantik untuk ikut sunnah Rasulullah. Jangan malu sebab nak dapat pahala. Perkara kecil inilah yang akan membawa ke syurga. Romantik dengan pasangan tidak akan menjatuhkan kemuliaan suami atau isteri.
"Ketika Rasulullah ingin menunggang unta bersama isterinya Shafiah, Rasulullah telangkupkan lututnya agar isterinya dapat naik ke unta dengan memijak lutut Rasulullah. ". Kita zaman sekarang ni nak jadi romantik, bolehlah buka pintu kereta untuk isteri dan isteri boleh juga buka pintu kereta untuk suami. Selalu kita tengok cerita barat lelaki buka pintu kereta untuk pasangan, jangan pula kita niat sebab tiru mereka. Tapi niat untuk romantik sebab ikut sunnah bukan ikut budaya barat.
"Rasulullah dan Saidatina Aisyah r.a.pernah makan daging sehingga bertemu bibir mereka". Amacam boleh buat tak? Malu? Kalau malu, suap-suap pun boleh kan? Tapi jangan buat depan anak-anak pula. Kang ada yang tiru dan cakap bercumbu dalam rumah pula.
"Rasulullah dengan Saidatina Aisyah r.a. baring atas satu tikar ketika Saidatina Aisyah r.a. period. Saidatina Aisyah r.a. bocor darahnya. Rasulullah bangun, Saidatina Aisyah r.a. elakkan tempat itu dan Rasulullah bersihkan, baring dan solat di situ. Saidatina Aisyah r.a. bocor sekali lagi, Rasulullah bersihkan lagi." Pernah tak hubby kita buat begitu? Kalau x buat begitu, mungkin tolong hal-hal lain seperti kemas rumah, basuh pinggan sama-sama. Jangan tetiba bocor dan cakap 'Ha bang tu darah, bersihkan lah, ikut sunnah'. Itu dah lain dah. hehehe
"Rasulullah bila keluar mesti akan bawa balik sesuatu/hadiah untuk isterinya. Ada satu kali baginda terlupa, baginda keluar semula untuk beli hadiah." Jadi kita boleh contohi Rasulullah dengan saling memberi hadiah antara satu sama lain. Tak mahal pun tak pe, coklat Cadbury 1 papan pun ok pe. Tak dapat coklat bunga pun ok. Yang penting menggembirakan pasangan kita tak kiralah kecil atau besar hadiahnya.
"Rasulullah juga minum di bekas/cawan yang sama dengan isterinya". Kita ada yang geli tak nak minum satu cawan dengan suami? Ada tak suami yang geli nak minum guna cawan isteri yang ada kesan lipstik? Kalau geli bagaimana mahu ikut cara Rasulullah kan?
- Ustzh Norlaila Aniza Zakaria -
Banyak lagi kisah-kisah romantik Rasulullah yang boleh kita ikut. Semuanya bagus untuk kesejahteraan rumahtangga. Aku pun dalam proses nak bawa sifat romantik dalam rumahtangga. Cari ilmu, belajar pelan-pelan. InsyaAllah.
0 comment