IKAN

Ikan Bakar & Air Asam

2:28 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Mood swing sejak akhir-akhir ni. Nak tengok blog pun rasa tak selera saja. Semalam muntah-muntah. Tidur sepanjang hari, sangatlah tak larat. Nak BW pun malas, apatah lagi nak masak hidangan yang macam-macam. Masak bubur saja semalam. Ikan ni masak minggu lepas kalau tak silap. Senang nak buat. Air asam ni memang pedas tapi sedap sampai aku hirup kuahnya. Licin aku makan. Tapi itu minggu lepas la. Hari ini baru larat nak masak dan makan. Itupun sikit saja menjamah, selebihnya kucing yang makan. Tak mengapalah, sakit ni dugaan Tuhan untuk mengingatkan aku juga. Alhamdulillah sudah semakin sihat.

Resepi: Potret Kasih

Resepi Ikan Bakar
4 ekor ikan kembung ( atau apa2 ikan yg disukai )
secubit garam
daun pisang/daun lengkuas

Cara penyediaan
1. Ikan buang perutnya dan di cuci bersih kemudian lumurkan dengan sedikit garam.
2. Bungkus ikan tersebut dgn daun pisang atau daun lengkuas.
3, Bakar di atas kuali non stick atau di dalam oven


Resepi Air Asam
Anggaran segenggam asam jawa
air suam secukupnya
1 biji bawang besar ( saiz sederhana ) – dipotong dadu
15 biji cili padi ( boleh tambah atau kurang ikut suka ) – dipotong2
1 biji buah tomato – di potong dadu
1/2 – 3/4   inci belacan di bakar ( ikut citarasa )
gula
garam
sedikit perasa ( jika suka )

Cara penyediaan
1. Asam jawa disatukan dengan anggaran 1 cawan air suam dan dileraikan dengan sudu kemudian diambil patinya.
2. Ulangi langkah tadi dgn menggunakan 1/2 cawan air suam pula utk mengambil baki pati air asam tadi.
3. Air asam yg telah diambil patinya tadi diketepikan.
3. Ambil belacan bakar dalam bekas lain kemudian lenyekkan dan hancurkan belacan tadi dgn menggunakan sudu dan sedikit air asam yg telah diperah tadi.
4. Satukan belacan tadi bersama pati air asam, gula, garam, serbuk perasa, cili, tomato dan bawang yg telah dipotong kecil2 tadi.
5. Sesuaikan rasa kemudian bolehlah dihidangkan bersama ikan bakar.

You Might Also Like

0 comment