Sewing

Handmade | Chiffon Blouse

8:03 AM


Assalamualaikum. Alhamdulillah boleh kembali bersiaran semula. Internet sudah kembali pulih seperti sedia kala. Terputus kejap dengan dunia luar, line maxis tiada, celcom pula nyawa2 ikan je line nya. Family telefon pun terjerit2 bercakap, terputus2 suara..Ucapan birthday aii 16 July hari tu pun dapat sms saja, dah line xde, takleh nak telefon borak panjang..Terima kasih pada semua yang ucap, semoga doa2 kalian dimakbulkan. amin.

Kain chiffon ni beli dah lama, ada 2 pasang satu warna hijau dan satu warna purple. Memandangkan cuaca di sini panas, blaus chiffon jadi pilihan. Alhamdulillah lepas menjahit aku cukup puas hati dengan hasilnya. Kalau tak, ada saja yang senteng la, terlebih atau terkurang sana sini. Tak terror, jadi bila hasilnya bagus, bersyukur sangat. Tak membazir kain dan membaiki segala kelemahan sebelum ni..ewahhh

Mulanya jahit kosong je, tapi sebab hari tu aku tetiba terbuat chiffon carnation dan terbeli manik & pearl, jadi aku alter sikit sana sini maka terhasillah sesuatu yang pada pandangan mata hubby aii cantik..Itu yang penting, nak tunjuk kat hubby. hihi. Alhamdulillah. Kot2 ada yang nak memeriahkan baju anda, bolehlah ambil sikit sebanyak idea tak seberapa ni. ^^

You Might Also Like

2 comment

  1. haha..sangatlah takut kalau amik tempahan..mau jahanam kain orang...hihi

    ReplyDelete