بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Ramadan tahun ni berlainan dari tahun2 sebelum ni. Hubby sangatlah tak selera nak makan nasi. Jadi aku pun turut tak selera sekali. Jadi nasi cuma dijamah saat bersahur sahaja. Adalah sekali dua masak nasi lemak & nasi ayam masa berbuka, itu saja yang lalu dimakan. Suasana lain, tempat orang, jadi selera makan pun kurang. Aii siap cakap lagi pada hubby, agaknya kalau kita ni gemuk, mau kurus dah kita..hubby gelak saja. Kami ni homesick sebenarnya (dah tua2 pun homesick gak.kuikui). Lama dah tak balik kampung, aku ada gak bulan 2 ritu balik, hubby raya tahun lepas last dia balik kampung. Sian dia. Moga Allah panjangkan umur kami & permudahkan urusan balik kampung nanti. Amin
Dalam segala kekurangan bahan, terhasillah spaghetti goreng yang sangat sedap. Siap nak tambah lagi tapi dah habis. Tak cukup!! hihi. Mana taknya, rasa macam makan mee goreng kedai. Segalanya cukupla, pedasnya, masin dan ada rasa manis masam sikit. Aku rasa macam tu, kalau orang lain buat tak taulah. Tapi agak kering sikit, pasni confirm buat lagi! InshaAllah. So, bolehla nak cuba kot2 tak tau nak masak apa berbuka nanti. Alhamdulillah syukur Ya Allah. Selamat menjalani ibadah puasa.
Hari tu tonton satu ceramah, ustaz tu kata kalau para isteri tu rasa nak marah orang, mood tak baik, tak gembira, baik jangan masak juadah berbuka. Beli je di bazar Ramadan. Bila fikir2 balik betul gak, bila masak rasa nak marah2 orang, apapun tak jadi. Tapi kalau senang hati, gembira je masuk dapur, masak pun inshaAllah sedap. Yela memasak dengan penuh kasih sayang. ^^
Spaghetti Goreng
Resepi: mel
Bahan-bahan (2 orang makan):-
Spaghetti secukupnya - Rebus
1 keping burger ayam Ramly - cincang kasar
1/2 bj bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
3 bj cili padi - ketuk
2 bj cendawan butang - hiris
1 sk lada hitam
1/2 sk serbuk oregano
3 sb sos cili
1 sb sos tomato
Garam & gula
Sedikit capsicum merah/hijau
Daun sup/daun bawang
Olive oil
Cara:-
1. Panaskan sedikit olive oil. Masukkan burger ayam. Kacau dan biarkan hingga 1/2 masak.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Masak hingga bawang layu
3. Masukkan cendawan butang, sos cili, sos tomato, lada hitam dan serbuk oregano. Kacau dan perlahankan api.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan spaghetti dan capsicum. Kacau sebati.
6. Hias dengan daun sup/bawang. Hidang
Resepi: mel
Bahan-bahan (2 orang makan):-
Spaghetti secukupnya - Rebus
1 keping burger ayam Ramly - cincang kasar
1/2 bj bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - cincang
3 bj cili padi - ketuk
2 bj cendawan butang - hiris
1 sk lada hitam
1/2 sk serbuk oregano
3 sb sos cili
1 sb sos tomato
Garam & gula
Sedikit capsicum merah/hijau
Daun sup/daun bawang
Olive oil
Cara:-
1. Panaskan sedikit olive oil. Masukkan burger ayam. Kacau dan biarkan hingga 1/2 masak.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Masak hingga bawang layu
3. Masukkan cendawan butang, sos cili, sos tomato, lada hitam dan serbuk oregano. Kacau dan perlahankan api.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Masukkan spaghetti dan capsicum. Kacau sebati.
6. Hias dengan daun sup/bawang. Hidang
3 comment
nampak menyelerakan...cantik jek
ReplyDeleteNampak sedap ......sebab puasa kot. Hihihi
ReplyDeleteSalam mel.. betul2.. bila masak ngan kasih sayang tu yg jd sedap tu.. kalau tgh bad mood tu, mmg serba x kene kat dapur.
ReplyDelete