Kek | Muffin

Upside Down Peach Cake

2:35 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Rumah ni jarang sangat dihidangkan dengan kuih muih atau kek manis, tak berapa gemar. Bukan takut gemuk ke ape tapi jaga kesihatan. Usaha yang sikit ni mungkin bagi kesan yang besar untuk jangka masa panjang. Siapa tahu kan. Bulan Ramadan ni sekali saja ke bandar, cuba elakkan diri dari berjalan jauh saat bulan puasa. Bukan apa, kasihan pada hubby kena drive jauh2.

Jadi kek ni buat tak cukup telur tapi hasilnya subhanAllah lembut sangattt. Sedap pula tu tapi tang buah peach tu macam tak kena kat lidah ni. Jadi kuis2 ke tepi je. Alhamdulillah sedap walaupun makan masa sejuk. InshaAllah boleh buat nanti ni pagi raya. Tq dear Tun!


Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Siapa yang iktikaf pada malam Lailatulqadar itu kerana terdorong oleh iman dan ikhlas, maka diampunkan dosanya yang telah lalu"
(Riwayat Addailamani)

Hari tu tonton NLKO tentang Lailatulqadar. Sedikit info:- Lailatulqadar berlaku dari malam hingga ke pagi. Menurut ustazah tu, kena pakai wangi2an, pakai baju yang cantik semata meraikan 10 malam terakhir. Galakkan suami iktikaf di masjid/surau. Kot2 ada yang malas nak bangun solat malam tapi tetiba terjaga dari tido, jangan lupa zikir walaupun lepas tu tido balik. Sama2 kita berdoa moga Allah bagi kekuatan dan tunjukkan jalan lurus untuk kita merebut ganjaran yang Allah beri di bulan Ramadan ini. Amin


Upside-Down Peach Cake
Resepi: tun telani

Bahan2:-
1 tin peach slice in syrup
1/3 cwn syrup dari tin peach slice
1 sb gula perang
90 g mentega
½ cwn gula
2 bj telur - mel letak 1 bj
1 sk perasa vanilla
1 cwn tepung - mel ganti dengan tepung naik sendiri
1 sk serbuk penaik - mel tak letak

Cara2:-
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur demi sebiji dan pukul lagi. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
3. Kaup balikkan tepung dan serbuk penaik kedalam adunan mentega, selang-seli dengan syrup dari tin buah peach tadi.
4. Sapukan mentega diseluruh bahagian Loyang yang berlubang di tengah.
5. Tabur gula perang di dasar loyang dan susun buah peach diatas gula. Tuangkan adunan kek ke atas buah peach.
6. Bakar pada suhu 180C selama 35-40 minit, cucuk kek dgn penyucuk kek, jika tidak melekat, kek telah masak.
7. Biarkan selama 10 minit sebelum ditelangkupkan. Hidangkan suam.

You Might Also Like

1 comment

  1. salam mel.. semoga tahun ni kita bertemu dgn lailatul qadar... insyaAllah...
    wahh.. kalau mel mkn ngan tun nih, peach yg mel xnk tu kasi kt tun. hihi... tun masa tgh wat kek nih, rasa2nya suku tin buah peach tu dh masuk mulut baru susun kt kek.. hihi

    ReplyDelete