RESEPI

Pajeri Nenas

11:42 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Minggu depan Ramadan akan tiba. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik dalam menjalani ibadah. Sedikit tips dari rancangan Tanyalah Ustazah hari ini:- jika ada anak2 yang asyik merungut maknya asyik masak lauk yang sama, makanan tak sedap dan sebagainya, bolehlah ibubapa bawa anak2 ke rumah anak2 yatim di kala bulan Ramadan nanti. Sesungguhnya mereka ini tidak pernah merungut dan sentiasa gembira dengan makanan yang diberi walhal bukanlah mewah mana pun. Mungkin dengan cara ini akan bagi kesedaran kepada anak2 di samping menyucikan hati ibubapa sekali. InsyaAllah.

Bagi yang sedang mengumpulkan resepi untuk juadah berbuka/bersahur bolehlah mencuba resepi ini. Mudah nak membuatnya dan sedap sangat. Macam2 resepi pajeri telah mel cuba namun resepi ini juga menjadi pujaan hati. Tiap2 kali buat, memang licin pajeri ni. Alhamdulillah

Pajeri Nenas
Resepi: Aziekitchen

Bahan A
1 biji nenas, potong kecil (perap degan sedikit gula)
Santan secukupnya
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Udang hidup

Bahan B – bahan kisar
1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering

Bahan C
Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
3 sudu besar rempah kari

Cara cara
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis hingga wangi. (Bawang bawang boleh juga dihiris jika mahu terasa bawang dalam kuah).
2. Masukkan rempah kari yang digaul dengan air. Goreng hingga garing.
3. Masukkan udang hidup dan masakkan sebentar.
4. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir. Masukkan nenas yang telah dicelur terlebih dahulu. Akhir sekali, masukkan kerisik.
5. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak. 



You Might Also Like

0 comment