Agama Islam

Mengumpat

9:44 AM

 
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Pernah sekali Saidatina Aishah terkata di hadapan Nabi saw. Menyebut tentang salah seorang madunya.

Lebih kurang maknanya:- 'Ala yang rendah2 tu la, yang tak cukup tinggi tu'

Nabi saw menegur. Nabi kata:-
'Wahai Aishah, kalau ambil perkataan kamu tadi campakkan dalam laut, laut boleh bertukar menjadi hitam warnanya'

Itu baru sikit bercakap tentang orang. Kalau kita memang dah ada niat nak ngumpat pasal orang, kalau umpatan itu dimasukkan ke dalam laut, tak tahulah berapa hitam air laut. Jauhkan diri kita dari mengumpat.

Bencana orang mengumpat:-
1. Doa tak mustajab - Lidah yang diguna untuk berdoa, lidah itu diguna untuk mengumpat.

2. Allah tak terima kebaikan2 yang dibuat - Mengumpat itu boleh makan balik amalan baik yang dibuat.

3. Mengumpat akan mewariskan keburukan yang lain - Ia takkan berhenti setakat dosa mengumpat sahaja. Akan berterusan kepada dosa berkelahi, dosa dengki mendengki dsb hanya kerana tindakan mengumpat.

Tahukah anda?
Kalau yang datang rumah kita, seorang muslimah tetapi kita khuatir lidahnya suka menyebarkan keburukan, maka makruh kita mendedahkan aurat di hadapannya. Kalau kita rasa muslimah yang datang rumah kita akhlak lidahnya tak terjaga, makhruh kita buka aurat dengan dia walaupun hukum asal tidak ada masalah sebab sama2 perempuan Muslim.


Harap2 kita tak tergolong dalam golongan sebegitu. Orang lain terpaksa tutup aurat di hadapan kita dek kerana percakapan yang tak terjaga Semoga kita mendapat hidayah dari Allah swt. Cuba tanya diri kita, kufur tak kita dengan nikmat lidah yang Allah beri? Ada tak buka aib orang? Yang keluar dari lidah kita perkara yang baik2 saja atau sebaliknya?

Beringat selalu apa yang keluar dari percakapan kita melambangkan hati kita.
Kita akan dipertanggungjawabkan atas segala yang dilakukan.

~ Tanyalah Ustazah. Jumaat 11.30 pagi TV9 ~

You Might Also Like

3 comment

  1. tq Melin..same2 kita muhasabah diri..

    ReplyDelete
  2. satu surah dalam Al-Quran secara jelas Allah menyebut celakalah orang yg mengumpat. Si pengumpat akan dimasukkan dalam neraka hutomah. semoga kita muhasabah diri kita selalu nice sharing ;)

    ReplyDelete
  3. InshaAllah, semoga kita semua mendapat manfaat dari sedikit ilmu yang dikongsikan :D

    ReplyDelete