بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Sudah di kampung kah semua? Tengok status semua orang pagi ni rata2 update tentang perjalanan pulang ke kampung..Oh seronoknya! Tapi tak mengapa, walaupun di sini tak terasa bahang pilihanraya, bendera pun ala kadar je nampak di tepi jalan tapi mel doakan semoga segala urusan kalian berjalan lancar. Semua keputusan pilihanraya nanti dapat membawa Malaysia lagi membangun dan maju. Selamat mengundi semua!
Sejak akhir2 ni bila masak, lebihkan kepada side dish. Hubby tak berapa nak makan nasi sangat, lebih kepada suka meratah lauknya. Jadi dalam perancangan setiap hari perlukan pelbagai combo side dish yang matching rasanya sesama sendiri. Takut dek kerana kepelbagaian side dish tu, tak sesuai pula rasanya bila digabungkan. Semalam hujan jadi mood memasak pun suam2 ja, mencari resepi yang mudah terjumpa resepi kak jee ni. Nak buatnya lagi mudah dari kari ayam sebelum ni tapi kedua2nya sedap. Memandang hubby tak berapa suka makan tak berkuah, jadi kari ni aku tak masak kering mcm resepi asal. Serbuk cili pun kukurangkan, jadi tak samalah rupanya mcm kjee punya. Kugabungkan kari ayam ni dengan ulam-ulaman, ikan masin sepat dan juga sambal belacan. Memang selera! Alhamdulillah
Kari Ayam Ala Rendang
Resepi: KJee
Bahan2nya:
½ ekor ayam (dipotong kecik2 atau bite size)
1 cawan rempah kari ayam (Kjee guna Babas)
½ cawan serbuk cili (Kjee guna Babas)
2 inci halia *
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
4 biji buah keras * (optional)
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
3 biji pelaga
½ cawan susu segar (atau santan)
1 asam keping
daun kari (kalau ada)
Cara:
Bersihkan ayam, dipotong kecik2 dan toskan airnya. Semua bertanda * ditumbuk halus. Kjee guna buah keras untuk menambah lemak. Kalau tak nak, tak payah guna. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan rempah yang telah dicampur dengan serbuk cili, kayu manis, pelaga, bunga lawang serta daun kari. Rempah itu tidak perlu dicampur air. Biarkan kering tau. Ada orang bubuh air dan jadikan rempah itu paste. Kjee tak buat cara itu.Kemudian goreng pantas2 guna api sederhana. Apabila sudah terbit minyak, masukkan kira2 satu senduk air dan kacau lagi. Biar rempah benar2 masak dan naik baunya. Kemudian masukkan ayam. Gaul biar ayam bersalut rempah. Kemudian tunggu sampai ayam kecut.Api masih sederhana.
Apabila ayam sudah kecut, masukkan susu cair atau santan. Bubuh garam dan cik Aji kalau guna. Kemudian dimasak guna api perlahan sampai ayam betul2 empuk dan masak dan kuahnya kering. Kalau kuahnya dah kering tapi ayam belum masak lagi, bubuhlah sedikit air panas dan sambung masak.
Biasanyalah kalau ayam itu dipotong kecik2 (bite size), ia cepat masak kecuali guna ayam kampung.
Kjee suka guna ayam bahagian tulang untuk masakan ini. Sedap dikunyah2 tulangnya masa makan.
Selamat mencuba.
(NOTA: KJEE GUNA CAWAN STANDARD YANG GUNA SUKAT TEPUNG. KALAU RASA BANYAK SANGAT REMPAH, BOLEH KURANGKAN. ATAU KALAU TAK NAK PEDAS SANGAT, TAK PAYAH BUBUH CILI SERBUK)

3 comment
sedap akak tgk kari mel...seriess
ReplyDeletesedapnya kari ayam Mel...makan ngan pulut kuning pun sedap...isk...lapar la pulak...
ReplyDeletesedap nmpk... baru2 sehat ni lapar pulak tgk mknan...
ReplyDelete