Assalamualaikum. PRU13 telah pun selesai. 5 Mei hari tu sempat ke Miri dan melihat sedikit kemeriahan proses mengundi di sana. Perjalanan pergi memang lengang, hanya melalui 1 sekolah sahaja. Jadi tidaklah sesak mana, cuma di bandar sesak di tempat2 shopping kompleks dek kerana semua bercuti dan kebetulan orang Brunei pun ada yang turun membeli belah di sini.
Di Miri kemenangan berpihak pada parti PKR dengan majoriti 1992. Di kampung ku parti BN yang menang dengan majoriti 15k mengalahkan PAS. Di Segamat dimenangi oleh BN juga. Walau siapapun yang menang, parti mana pun, yang penting buat sebaik mungkin untuk membantu rakyat dan memajukan Malaysia. Tak kiralah kaum Melayu ke, Cina, India mahupun kaum lain yang penting bila diberi mandat, jangan lalai, jangan rasuah sana sini, tapi sentiasa berusaha naikkan nama Malaysia di mata dunia. Bila aku tanya mak aku undi mana, mak aku kata 'Undi yang ada masa depan'. Hahaha. Ada sesetengah orang di sana tak bertegur sapa dek kerana perbezaan parti. Mak aku kata tak ramai tapi adalah sorang dua yang taksub sangat dengan parti.
Lepas pilihanraya, banyak pula isu yang timbul. Sedih melihat keadaan generasi muda zaman kini. Bertelagah sesama sendiri. Sepatutnya Islam diutamakan. Bila berlandaskan Islam, kita takkan mengutuk, mencaci orang lain. Kita tak tahu mungkin orang yang dicaci itu akan mendapat hidayah dari Allah dan jadi Muslim yang sejati, yang lebih baik dari kita. Benar kata rakan ku ini, jujurkah anda komen gambar2/update status di FB itu di saat anda sedang bekerja? Dalam Islam yang lebih utama adalah fitnah itu dapat dielakkan. Jadi sebelum komen/buat sesuatu itu, fikir kalau nanti Allah tanya di akhirat, kita nak jawab apa?
Sekarang kita hanya mengenali sejarah melalui bahan ilmiah sahaja tanpa merasai sendiri perit jerih orang dahulu. Kalaulah kita semua berada di tempat mereka pada zaman sebelum kemerdekaan dulu, berperang, bertungkus lumus inginkan kemerdekaan, adakah kita generasi muda akan rasa lebih bersyukur? Akan lebih bersatu?
..PeaceNoWar..
Malaysia Tanah Air ku..
Semoga aman sejahtera

0 comment