بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Merujuk kepada entri yang lepas di CAH, ku lanjutkan ceritaku tentang apa yang aku buat di sana. Segala pengalaman ini, kuceritakan dengan niat sebagai ilmu dan manfaat kepada sesiapa juga yang memerlukan maklumat berkaitan. Jangan disalahanggap niatku, mungkin pada sesetengah orang apalah sangat, tapi pada orang yang memerlukan, yang menghadapi masalah yang sama, sedikit sebanyak dapat juga aku membantu. Ku harapkan juga adalah tempias pahala dari perkongsian ilmu/pengalaman ni.
Setelah ditemuramah oleh seorang doktor, kes aku dilanjutkan kepada pakar O&G. Jadi urusan di situ memang cepat, tanpa sebarang appointment, segala treatment dilakukan serta merta selepas mendapat persetujuan suami. Dalam apa jua treatment yang korang buat, make sure dapat kebenaran suami dan suami mesti ada disisi. Supaya dia pun sama2 dengar apa yang doktor explain dan supaya suami akan lebih menghargai isteri dengan melihat susah payah dan kesakitan isteri menjalani rawatan.
Treatment pertama adalah Transvaginal Ultrasound (TVS). TVS ni kegunaan untuk kenalpasti secara rambang masalah yang dihadapi.
So kalau tengok picture ni, korang tahulah macamana rawatan TVS ni dibuat. Dengan masukkan alat transducer tu boleh nampak apa yang ada di dalam rahim. Boleh lihat ada ke tidak kehadiran polyps/fibroids. Polyps ni adalah salah satu punca kehadiran pendarahan luar biasa dan juga boleh menyebabkan kanser. Orang yang overweight berisiko tinggi tapi kata doc tu tak semestinya orang kurus pun tak boleh dapat.
Kalau tanya aku rawatan ni sakit ke tak, aku jawab tak sakit tapi tak selesa sahaja. Bab malu tu kena tolak tepi sekejap sebab kalau ko nak anak tapi malu, jadi macamana nak tahu masalah. Masa doc buat scan ni, doc terangkan satu persatu pada hubby. Di mana rahim, mana telurnya, ada masalah ke tak dan boleh tahu rahim tu normal atau terbalik. Pasal rahim tu, aku cerita lain entri. Sebelum TVS ni dibuat, aku diminta kencing dulu, kosongkan pundi kencing. Tapi ada juga aku baca, perlukan bladder tu penuh sebelum buat TVS ni. Dah habis tu, keputusan scan akan korang dapatlah.
Hal dalam badan manusia ni sebenarnya sangat kompleks. Hikmah di sebalik semua yang terjadi, aku dan suami sebagai manusia biasa belajar untuk memahami segala ilmu berkaitan dengan rahim dan belajar untuk mengenali erti sabar akan setiap dugaan.
0 comment