بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum.
Kisah terjadi di zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a. Pada satu hari ada seorang bapa bertemu dengan Saidina Umar Al-Khattab r.a. mengadu akan anaknya derhaka. Saidina Umar Al-Khattab r.a terkenal dengan seorang yang sangat adil. Maka Saidina Umar pun memanggil anaknya dan memberi nasihat kepada anak lelaki itu.
Tetapi si anak bertanya pula kepada Saidina Umar 'Wahai Saidina Umar, memang aku bersalah dan aku menderhaka kepada mak ayah aku, tetapi aku ingin bertanya ada tak ibubapa yang derhaka pada anak?'
Jawab Saidina Umar 'Ada. Siapakah mereka? Seorang bapa itu derhaka apabila:
1. Dia tidak memilih ibu yang baik untuk anaknya
2. Dia tidak memberi nama yang baik
3. Dia tidak mengajar ilmu, Al-Quran dan ilmu agama kepada anaknya.
1. Dia tidak memilih ibu yang baik untuk anaknya
2. Dia tidak memberi nama yang baik
3. Dia tidak mengajar ilmu, Al-Quran dan ilmu agama kepada anaknya.
Maka, si anak ini berkata kepada Saidina Umar 'Kalau begitu bapa aku terlebih dahulu derhaka kepada aku kerana bapa aku tidak memilih ibu yang baik kepadaku, namaku pun tidak baik dan dia tidak pernah mengajar walau satu pun ayat Al-Quran kepadaku'.
Ibubapa derhaka jika tidak mendidik, tidak memberi pendidikan dan tidak mengajar ilmu agama. Jadi ibubapa ada tanggungjawab mendidik begitu juga anak ada tanggungjawab taat kepada ibubapa selagi tidak melanggar syarak. ~ Tanyalah Ustaz
3 comment
Terima kasih atas perkongsian. InsyaAllah utk tidak derhaka pada anak2 bila dah berumah tangga :)
ReplyDeleteInsyaAllah, kalau niat dah baik, nanti Allah mesti tolong. Aamin ^^
DeleteMudah-mudahan kita dapat tunaikan tanggungjawab sebaik-baiknya...
ReplyDelete