BISKUT

Biskut Coklat Chip Famous Amos (Home Made)

11:16 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Mood di pagi Khamis ni agak suram dek kerana mengingatkan satu kejadian kelmarin. Harapnya hati ni mudah dipujuk dan ingatan akan kejadian itu makin hilang. Biskut ni aku buat minggu lepas. Dek kerana memikirkan maid akan pulang awal, jadi tempoh masaknya kukurangkan agar biskut boleh dibawa pulang. Sebab itu warnanya pun pudar. Cuma adunan terakhir aku masak garing sedikit dan memang licin biskut ni hubby makan. 

Memang sedap yang garing tu, aku pun suka. Confirm ku buat lagi ni. Cuma aku tak letakla kekacang dan kismis macam kak siti, letak coklat urai sebagai hiasan. Coklat urai warna warni pun dah habis, jadi agak tak menarik warna biskut aku. Tapi memang sangat ku syorkan untuk sesape membuatkan, sungguh sedap dibuat kudapan menonton tv.

Biskut Coklat Chip Famous Amos (Home Made)
Sumber : Nad'z Cute Oven

 
Bahan diayak :
2 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu kecil serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
2 sudu besar susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain :
250 gm mentega - suhu bilik
150 gm gula kastor
1/2 sudu kecil asen vanilla
1 biji kuning telur

1 cawan coklat chip - boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa
100 gm sebarang kekacang - Optional
50 gm kismis hitam - dibelah dua


Cara membuatnya :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan yang diayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar yang diglis mentega atau dialas dengan kertas minyak.
6. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar.
7. PERHATIAN : Jarakkan adunan ini anggaran 1 inci sebab bila proses pembakaran adunan akan mengembang dan leper.
8. Bakar pada suhu 160'C selama 15-25 minit. Bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda menggunakan api atas dan bawah.
9. Sejukkan dahulu biskut dalam tray dalam 5 minit baru dipindah atas redai dan biar sejuk sepenuhnya sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

You Might Also Like

3 comment

  1. salam mel.. tun kalau coklat2 ni mmg irrisistable lah.. tgk semua pun terliur. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..kalau dah namanya coklat, yang tak sedap pun nampak sedap je..hihi

      Delete
  2. wah leh cuba ni.. nampak sedap.. :)

    ReplyDelete