Sewing

Baby Quilt

3:17 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dapat juga aku siapkan baby quilt untuk bakal anak buah yang akan lahir bulan Disember ni. Dalam kelam kabut nak balik menyambut Aidiladha, sempat juga aku siapkan. Simple saja. Walaupun dah beli tapak khas untuk jahit quilt tapi tak terguna pula disebabkan kesuntukan masa. Kain ni aku borong masa Aidilfitri hari tu, memang niat nak buat baby quilt pun. Alhamdulillah tercapai hasratku.

Stitch paling mudah ku gunakan.

2 helai kain dilapis dengan batting. Batting ni pun aku guna yang nipis saja memandangkan yang tebal kedai tu tak jual pula. Bias tape pun aku tak buat sebab nak cepat kan. Lebihan kainnya aku buat ribbon untuk scarf, tapi dalam entri lain baru kucerita. Apapun percubaan pertamaku berjaya! Lepas ni boleh buat selalu..yeaa ^^



You Might Also Like

0 comment