SAYUR

Pucuk Putat

10:40 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Apa khabar anda hari ini, tuan melinblossom ni masih kurang sihat. Batuk-batuk dan selsema semenjak pulang dari Semenanjung tempoh hari. Masa naik flight pula telinga terasa sangat sakit dek kerana selsema hubby kata. Mungkin bendalir dalam telinga tidak berada dalam kedudukan seimbang. Macam nak pecah gegendang telinga pun ada. Lepas ni kalau naik flight kena pastikan kesihatan elok.

Sebelum Aidiladha hari tu, hidangan tengahari disajikan dengan pucuk putat ni. Mulanya ingatkan pucuk gajus kerana mempunyai rasa yang sama, habis je makan baru tahu pucuk putat rupanya. Sedap juga dibuat ulam. Tak tahu pun akan kewujudan ulam ni. Nama pun agak pelik. Pokoknya tepi rumah mak saja. Rumah kampung, jadi tanah belakang rumah banyak, macam-macam boleh tanam. Memandangkan di Segamat musim durian, jadi banyaklah durian di belakang rumah mak aku ni.. Syokkkk....


 Buahnya pun boleh dimakan. Tapi yang dalam gambar ni buahnya dah tua, jadi beginilah rupanya. Lain kali kalau pulang ke Semenanjung boleh bawa balik ulam ni.


You Might Also Like

6 comment

  1. ooo... tak pernah makan... patut la ada nama kampung sg putat... rupanya ada pokok putat

    ReplyDelete
  2. @YUNID@TI kampung sg putat?waa...menarik ni..barangkali banyak pokok putat di sana ^^

    ReplyDelete
  3. 1st time la tgk pucuk putat...masak cmne ye?

    ReplyDelete
  4. salam mel.. ha'ah laa.. betul2 mcm pucuk gajus. dh lama betul x makan..
    ps: terpikir gak nk wat balik daging aritu, tp x berani pulak. frozen kan lepas tu letak dlm ice box ye.

    ReplyDelete
  5. @Asyifa Mustaffa Tak masak pun, buat ulam je ^^

    @Tun Mel tiap kali lik johor wajib bawa balik daging..nanti tak ketemu daging kat bintulu ni, kepingin...

    ReplyDelete
  6. tak pernah jumpa pucuk putat. makan pon tak pernah. :)

    ReplyDelete