TTC

Dietary Supplement

8:23 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Balik Johor ritu buat sedikit pemeriksaan kesihatan. Hasilnya badanku sangatlah kurang Vitamin B6 dan juga kalsium. Jadi ia sangatlah tak bagus untuk aku yang dalam proses TTC ni. Vit B6 boleh diperolehi dari ikan, daging, kekacang, gandum mahupun sayuran. Aku dah banyak makan dari sumber ni tapi barangkali caraku masak salah, jadi penyerapan vitamin tu tak maksimum. Bab kalsium memang aku tak nafikan sebab aku tak boleh minum susu, tak tertelan tekak ni. Setelah pelbagai produk tenusu aku cuba namun masih aku tak suka, alhamdulillah Horlick ada. So sejak balik hari tu, sudah ku amalkan minum horlicks setiap hari dan juga makan pil Executive B jenama Blackmores ni. Cuma itu lah, Exec B ni buat urine jadi agak kuning. Tapi takpe, itu perkara normal.

60 tablets | RM63+ | Guardian/Watson/Farmasi
Untuk aku yang gigih TTC ni, alhamdulillah supplement ni bukan sekadar ada vitamin B6 tetapi ada folic acid sekali. Jadi tak perlulah makan banyak-banyak supplement sebab Exec B ni dah cukup segala macam mineral. Melalui Fan Page Blackmores, Exec B ni harus dimakan di waktu pagi selepas sarapan untuk penyerapan yang maksimum. Pastikan vitamin dimakan di waktu yang sesuai supaya kita mendapat semua vitamin yang kita makan tu. Kalau tak, sesaja je amalkan makan vitamin tapi badan tak serap banyak sebab diambil pada waktu yang salah. Menurut pembacaanku di google, ada vitamin sesuai diambil pada waktu pagi dan ada yang sesuai pada waktu malam. Bagi yang makan pelbagai vitamin, seharusnya bertanya pada yang pakar vitamin mana yang sesuai diambil bersama.

More info: Timing Your Vitamins

Last but not least, Salam Maal Hijrah 1434H. Semoga tahun-tahun mendatang kita dilengkapi dengan keimanan dan kebahagiaan. Aamin ^^

You Might Also Like

0 comment