NASI

Nasi Goreng Mentega

11:28 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Salam maal hijrah 1434H. Hari ni cuti, pagi-pagi lagi hujan turun dengan lebat membasahi bumi Bintulu. Alhamdulillah atas segala rahmat dan rezeki yang Allah beri selama hidup lebih 20 tahun ni. Tak terhingga nikmat di dunia ini. Lagi-lagi bab makan, tak terkira nikmatNya. Masih ramai lagi manusi yang kebuluran, kita ni cukup segalanya, maka bersyukurlah. Nak kongsi tentang menu mudah sesangat tapi ditambah dengan udang goreng memang sedap. Alhamdulillah

Resepi DJ

NASI GORENG MENTEGA

Bahan;-
  • 4 cawan nasi
  • 2-3 sudu besar mentega (prefer buttercup)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • sedikit garam
  • 50 gm ikan bilis (digoreng garing)


Cara-cara
  1. Panaskan mentega/marjerin sampai cair. Masukkan nasi dan kacau rata2 selama 3 minit.
  2. Masukkan telur (x payah pukul), ladah sulah dan garam secukupnya. kacau selama 1 minit.
  3. Hidangkan dengan ikan bilis goreng. Sedap dimakan ketika panas.

You Might Also Like

0 comment