بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Alhamdulillah masih punya waktu untuk melakukan amal ibadah. Sudahkan kita melakukan amal ibadah dengan sempurna hari ini? Rasa cinta terhadap Rasulullah s.a.w. menebal tak dalam hati kita? Sudahkah kita mempersiapkan diri dengan sempurna untuk mengorbankan jiwa, raga dan harta kepada Rasulullah s.a.w. kerana Allah s.w.t.? Perkongsian kisah tentang seorang ibu yang melakukan pengorbanan kerana rasa cintanya kepada Rasulullah s.a.w iaitu ibu kepada Anas bin Malik.
Ketika Rasulullah s.a.w sampai di Madinah, dia tak keruan mencari-cari apakah yang dia ada untuk diberikan, untuk dikorbankan, untuk diinfaqkan ke jalan Allah dan membantu Nabi Muhamad s.a.w. Dalam dia mencari-cari apa yang dia ada, dia terlihatkan anak yang disayanginya, Anas bin Malik yang berusia 10 tahun. Dia membawa anak yang disayanginya itu bertemu Rasulullah. "Ya Rasulullah, dunia ini pada pandanganku tak lama mana, takde apa pun. Dan aku mencari-cari apa benda termahal yang aku ada untuk aku berikan kepada engkau wahai Rasulullah. Maka ambillah anakku ini, aku bagi pada Engkau, Rasulullah, biar dia berkhidmat kepadamu, biar dia tolong engkau Ya Rasulullah dan doakan dia".
Lalu Rasulullah s.a.w. mendoakan Anas bin Malik "Wahai Allah, panjangkan umurnya, banyakkan hartanya, anaknnya dan ampunkan dosa2nya". Semua doa Nabi ini makbul dan mustajab. Benar Anas bin Malik ini panjang umurnya, keturunannya orang yang soleh, yang hafaz Al-Quran. Yang lebih menarik ialah apa yang terjadi kepada ibu yang telah menginfaqkan anaknya ini kepada Rasulullah s.a.w. Nabi bersabda "Aku telah masuk syurga, aku mendengar suatu langkah2. Maka aku tanya, itu langkah kaki siapa? Maka dikatakan itu langkah kaki ibu Anas bin Malik yang telah menghadiahkan harta yang bernilai yang dia ada iaitu anak beliau". ~ Tanyalah Ustazah
Tanya diri kita:
Apa yang kita ada yang kita berikan sebagai bukti cinta kita kepada Rasulullah s.a.w.?
Jangan sampai di akhirat kelak, bila kita inginkan syafaat Rasulullah, Baginda tak kenal kita. Yang kita lakukan di dunia ini adalah apa yang kita inginkan di akhirat kelak. Jika kita lakukan kebaikan di dunia, maka kebaikan jugalah yang kita inginkan di akhirat.
0 comment