NASI

Nasi Goreng Ketam

9:34 AM

Assalamualaikum. Lama dah tak update pasal masakan. Yela, aku cuti dan balik semenanjung agak lama, jadi bab memasak pun cuti la juga. Layan la resepi simple saja tapi kalau dah namanya ketam, yang memang jadi kegemaran, masak apapun sedap.

Resepi: nurniezza

NASI GORENG KETAM

Bahan-bahan:-
2 cawan nasi putih
1 biji telur ayam [pukul sikit]
Sedikit isi ketam
1 batang carrot dipotong dadu
minyak untuk menumis
2 s/k sos cili
2 s/k sos tiram
2 s/k sos tomato
2 s/k kicap manis
Garam secukup rasa
2-3 ekor ketam dicuci bersih dan digoreng cili

Bahan dimesin:-
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
10 tangkai cili kering 

Cara:-
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik baunya.
2. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato....kemudian rasakan garam. Kacau sehingga masak.
3.
Masukkan telur dan biarkan agak keras sebentar baru dihancurkan
4. Masukkan carrot, nasi putih dan isi ketam
5. Hidangkan bersama ketam yang digoreng cili, bawang goreng dan tomato jika suka.

You Might Also Like

1 comment

  1. menggoda jiwa tul ketam tu....nasi greng ketam ni mmg menyengat..;))

    ReplyDelete