NASI

Nasi Goreng Daging

7:25 AM



Selamat pagi! Nasi goreng daging yang sukar ku lupakan. Serius tak tipu, hubby pun kata gitu. Alhamdulillah sedap. Kenyang kami makan malam tadi. Walaupun sedikit pedas tapi tak membantutkan langsung selera kami makan. Sedap sungguh. Kebiasaannya aku hidangkan nasi goreng dengan keropok keping. Tetapi memandangkan Mandai ada lagi, jadi aku hidang dengan mandai dan timun saja. Tetap enak!

Resepi: melinblossom

NASI GORENG DAGING

Bahan:-
1 mangkuk kecil daging batang pinang
2 mangkuk nasi putih
5 bj cili padi - ketuk
2 sb bahan kisar - CLICK
2 sb kicap
1 sb sos tiram
Sedikit kubis bulat - hiris
Sedikit carrot - sagat
Garam, minyak
Daun sup, daun bawang, bawang goreng


Kaedah:-
1. Goreng daging sebentar dalam kuali tanpa minyak hingga kering airnya. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan kisar dalam sedikit minyak hingga cili pecah minyak.
3. Masukkan sos tiram, kicap dan cili padi. Kacau.
4. Masukkan daging.Kacau dan biarkan sebentar agar bahan tumisan meresap.
5. Masukkan carrot, kubis dan nasi putih. Kacau rata.
6. Sesuaikan rasa dengan penambahan garam.
7. Hias dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
8. Hidang bersama keropok ikan dan timun

You Might Also Like

0 comment