بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Kebiasaan aku buat mihun sup letak sawi tapi stok tiada pula. Jadi agak kosong mihun sup aku, hanya ada ayam dan kentang sahaja. Tapi hubby kata tetap sedap! Kalau tengok bahan-bahan aku buat sup ayam tu agak banyak tapi sebab sudah biasa buat begitu, masa membuatnya tak terasa susah pun. Main masuk dan campak2 ja dalam periuk! Perencah ajinamoto Masako tu aku memang suka. Aku kenal pun sebab orang gaji aku bagi masa mula2 pindah sini dulu. Tapi rupanya memang ada jual di Bintulu ni. Sejak tu setiap kali aku buat sup, memang aku letak. Tak pasti di Semenanjung ada jual atau tidak sebab aku duduk Sarawak ni baru aku jumpa. Tapi tak letak pun tak pe, kalau nak boleh guna ajinamoto biasa tu ye. Memandangkan ajinamoto dan serbuk pati ayam Knorr dah masin, aku memang tak guna garam. Aku letak kentang sebab hubby suka rasa kuahnya yang sedikit pekat. Kalau cair je kuahnya sedap juga cuma tak kick la makannya..hihi
Resepi: melinblossom
SUP AYAM
Bahan-bahan:
3 ketul ayam
3 bj bawang merah - hiris
2 bj bawang putih - ketuk
2 bj cili padi - ketuk
1 in halia - hiris
2 sb serbuk pati ayam Knorr/1 kiub
1 sk rempah kurma
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
1 sk ketumbar
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk lada putih
1 sk perasa ajinamoto Masako
1 bj buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 bj bunga lawang
1 bj bunga cengkih
1 bj kentang - potong ikut suka
Sawi dan taugeh- celur dengan air panas
Daun sup
Kaedah:
1. Rebus air hingga mendidih. Masukkan ayam.
2. Masukkan semua bahan kecuali mix vege dan daun sup. Kacau sebati dan biarkan hingga kentang lembut
3. Sesuaikan rasa. Tutup api
MIHUN SUP
1. Mihun dicelur dengan air panas seketika hingga lembut. Toskan dan letak di atas mangkuk hidangan.
2. Letak sawi/taugeh yang telah dicelur tadi.
3. Tuangkan sup ayam yang telah dimasak di dalam mangkuk hidangan.
4. Hias dengan daun sup. Boleh dimakan bersama sambal kicap berlada.
Orang di sini panggil cili ni cili lombok tapi masa aku beli tertera cili burung. Pedasnya kalau bagi rate tu 11/10 ha. Memang sangat pedas. Aku ni memang pemakan setia cili. Cili paling pedas aku makan setakat ni cili kampung/cili burung yang kecil-kecil tu. Tapi yang ini memang lagi pedas. Berpaket-paket poly bag aku suruh maid aku tanam. Harapnya hidupla cili tu. Suka betul aku pada cili ni. Bila aku jumpa cili biasa yang tak pedas tu, kalau aku geram sebab tak rasa cili, aku gigit je masa makan. Sangatlah tak digalakkan ye.
SAMBAL KICAP BERLADA
Bahan-bahan:
*5 bj cili padi
*1 bj bawang putih
*1 in halia
5 sb kicap manis
1/2 sb sos tiram
Kaedah:
1. Tumbuk lumat semua bahan bertanda (*).
2. Masukkan di dalam mangkuk. Campur kicap dan sos tiram. Kacau sebati
3. Hidang.
**Boleh letak gula sedikit jika tidak menggunakan kicap manis.
1 comment
Assalamualaikum Mel,
ReplyDeleteTerima kasih ya mai ziarah Kak Ros...Wahhh...sedapnya mihun sup nih,teliur la pulak he.he...
Kak Ros tak pernah cuba lagi Masako nih,nanti boleh la cuba...