AYAM

Rendang Ayam Pedas

8:17 AM


Assalamualaikum. Lama dah tak buat rendang. Saja je buat..resepinya main tambah sini, tambah sana..
Jadilah rendang ayam pedas yang sangat menyelerakan.. Ingatkan nak bawa ke malam tp time lunch suami perabih semua dah. Sedap sangat katanya ^^. Syukur alhamdulillah.

Rendang Ayam Pedas
Resepi: mel 

Bahan kisar:
20 biji cili kering - gunting dan rebus sebentar
1 bj bawang besar
10 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
2 in halia
2 in lengkuas
2 in kunyit hidup
2 batang serai
15 biji cili padi

Bahan lain:
3-4 ketul ayam
2 cawan santan pekat - mel guna santan paket
1 1/2 sb kerisik
3-4 keping daun limau purut - carik
1 helai daun kunyit - hiris/ikat
Garam, gula

Kaedah:
1. Masukkan 3 sb bahan kisar dalam sedikit minyak tumisan. Masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam. Kacau supaya ayam sebati dengan bahan tumisan (api sederhana).
3. Masukkan santan pekat, daun limau purut. Biarkan ayam masak
4. Setelah agak pekat, masukkan kerisik, garam, gula, dan daun kunyit.
5. Sedia untuk dihidang

p.s: Lebihan bahan kisar boleh disimpan dan diguna untuk membuat mihun goreng dsb. Aku sentiasa buat bahan kisar ni setiap minggu. Alhamdulillah masak apa pun sedap guna bahan kisar ni.

You Might Also Like

0 comment