Isteri Ibarat Pintu Rumah!
10:46 AM
Assalamualaikum. Perkongsian ilmu di pagi Jumaat.
Cuba lihat pintu rumah kita, kalau dibuka orang luar boleh nampak tak apa yang di dalam rumah? Boleh nampak tak langsir warna apa, perabot jenis macamana, ada tv besar ke kecil, cat warna apa atau berselerak ke tersusun rapi? Orang luar mesti boleh nampak apa yang ada di dalam rumah seandainya pintu rumah dibuka kan. Makin luas kita buka pintu, makin banyaklah isi rumah yang boleh dipertontonkan kepada umum.
Sama juga dengan isteri. Isteri ibarat pintu rumah. Kalau kita ini jenis isteri yang suka bercerita tentang hal suami dan keluarga pada orang luar luar, kita ini ibarat pintu rumah yang terbuka. Jadi orang luar akan tahu dalam luar mahupun baik buruk rumahtangga kita. Tetapi seandainya kita tergolong dalam golongan isteri yang menjaga rapi hal-hal rumahtangganya, insyaAllah terpeliharalah rumahtangga.
Ini tak ada orang sikit-sikit bergaduh dengan suami/isteri, update status di fb. Ada anak-anak yang tak dengar cakap, update status teruknya anak sendiri. Walhal tak fikir kata-kata itu doa. Jika cakap anak degil, maka seolah berdoa anaknya degil maka degillah sampai besar. Selain itu secara tidak langsung bagitahu semua orang beginilah hidupnya. Jadi isteri perlu jaga mulut, jaga lidah!
Jika anak sakit, mengadu pada Tuhan, berdoa banyak2. Jangan merungut sebab sakit atau susah ini tanda Tuhan nak uji kita. Sebab itu tanda Allah tahu segala2nya tentang kita. Kalau anak sakit, Allah nak ajar kita jadi seorang yang sabar. Bila kita sabar, kita akan bersyukur. Contohnya sakit bersalin. Sakit tak? Sakit bukan? Tapi sabar tak? Kena bersabar. Bila dah keluar baby, bersyukur tak? Mestilah alhamdulillah. Jadi semua bersangkut sakit-sabar-syukur.
Kita boleh bercerita tapi jangan mengeluh. Keluhan itu adalah sentuhan iblis pada hati kita. Kalau merungut pada manusia, apa yang akan kita dapat? Perlu merungut pada Allah sebab sakit tu datang dari Dia, maka Dia saja boleh sembuhkan kita. Doktor bagi ubat tapi Allah bagi sembuh. Sama juga macam kita sakit, berdoa banyak2. Ya Allah aku redha dengan sakit ini, berilah aku kesabaran. Nabi yang paling lama sakit adalah Nabi Ayub a.s. Malaikat sampai berkata, tidak boleh untuk menyembuhkan sakitnya kerana Nabi Ayub tidak berdoa untuk disembuhkan. Sakit itu anugerah. Sesiapa yang bersabar seolah menempah tiket ke syurga. Jadi kalau kita sakit/susah sepatutnya kita bersyukur. Bila sakit diampunkan dosa bagi orang yang redha.

0 comment