KENTANG

Mashed Potato

9:01 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Sarapan pagiku. Mashed potato. Kalau dah biasa buat memang mudah tapi masa 1st time dulu2 nak buat, mak aii payah bebenor la ku rasa.. Lagipun entahkan betul entahkan tidak. Kalau sedap alhamdulillah, kalau tak sedap pun alhamdulillah sekurang2nya aku dah cuba. Aku dah lama buat tapi baru nak post ini entri.. Orang lain dah berkurun buat, aku je ketinggalan..Resepi ni wallahhh sedapnya!! Kentang tu aku rebus 3 bj. Dah lembut aku toskan airnya dan penyek2kan/ketuk guna lesung batu sampai smooth semuanya. Then buat sosnya dan tuang. Siap untuk dimakan. Silalah cuba ye ^^

Sos Kentang Putar
Resepi : Daun Pandan

Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna


Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

    * 650 ml air
    * 5 sudu besar stok ayam
    * 1 biji bawang besar - cincang
    * 1 batang saderi - cincang 
    * 40 gm mentega
    * 20 gm tepung gandum
    * 1 sudu besar sos tomato
    * 1 sudu besar sos tiram
    * sedikit serbuk lada hitam
    * kicap pekat
    * garam

Cara-cara

   1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
   2. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
   3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
   4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
   5. Masaklah ikut pekat mana yg disukai. 

Kacang ni ada orang bagi. Versi mentah punya belum direbus. Kawasan aku ni penempatannya kecil saja, jadi semua orang kenal antara satu sama lain. Makanan pun pusing-pusing saja. Kacang ni dibawa dari Kalimantan Indonesia. Letak garam sikit masa merebus. Sedap juga. First time rasanya aku merebus kacang ni. Biasanya tahu nak makan, beli saja yang dah siap rebus. Lagi2 kalau di lebuhraya tu, singgah je RnR confirm ada orang jual. Aku biasa singgah RnR Seremban, memang ada orang jual. Nak makan beli saja. Seingat aku RM2 seplastik.^^

You Might Also Like

0 comment