بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Kupanjatkan doa tanda rasa syukur atas segala nikmat.
Perkongsian ilmu hari ini tentang sedekah. Sangat banyak ilmu untuk ku kongsikan di sini. Tapi akan ku kongsikan sedikit demi sedikit pada entri akan datang.
Tanya diri kita, sudahkah kita bersedekah hari ini? Sedekah adalah salah satu bukti seseorang hamba itu benar-benar menjadikan hidupnya, membenarkan iman dalam hatinya kepada Allah s.w.t. Sedekah menandakan rasa bersyukur atas nikmat. Bila kita rasa ada nikmat, kita harus memberi dan berkongsi dengan orang lain.
Sedekah adalah salah satu cara untuk sembuhkan penyakit!
Ada seorang wanita Arab yang kaya raya tetapi terkena penyakit kanser. Dia mempunyai seorang pembantu rumah dari Indonesia. Dia hairan melihat pembantu rumahnya ini setelah 4 jam buat kerja akan masuk ke bilik air. Lama pembantu rumahnya itu berada di dalam bilik air. Membuatkan dia tertanya-tanya kenapa pembantunya duduk lama-lama dalam bilik air. Bila buat kerja, pastu masuk bilik air lama-lama.
Satu hari dia bertanya: 'Kamu duduk di dalam bilik air lama-lama kenapa?'.
Pembantunya menjawab: 'Saya baru lepas melahirkan anak. Anak baru berusia 6 bulan. Saya masuk bilik air sebab saya perah susu yang sepatutnya anak saya minum tetapi anak saya tidak dapat minum kerana saya di Arab Saudi. Saya buang susu saya supaya tidak sakit'.
Mendengarnya dia berkata, Ya Allah kamu ada anak kecil rupanya. Esoknya wanita Arab ini memberi satu jumlah wang yang besar menyamai gaji pembantu itu selama 2 tahun. Kamu ambillah duit ini. Sempurnakanlah susuanmu kepada anakmu yang memerlukanmu. Jika kamu ingin balik semula pun boleh, jika kamu ingin terus membesarkan anak kamu pun tiada masalah. Aku niatkan sedekah. Mudah-mudahan Allah sembuhkan penyakitku.
Ditakdirkan Allah s.w.t. sembuhlah penyakit wanita Arab ini. Ketika bertemu dengan doktor, kesihatannya seolah-olah dia tidak pernah terkena penyakit kanser.
---
SubhanAllah. Aku yang dengar kisah ini merasa kerdilnya diri ini. Betapa besarnya kuasa Allah. Tak tertanding dengan kita ini sekadar hamba. Semoga Allah sentiasa bukakan hati aku dan keluargaku untuk beribadah kepadanya. Juga melindungi kami serta orang yang kami sayangi agar tidak tergolong dalam orang yang kufur akan nikmat Allah. Ya Allah janganlah Kau biarkan kami lalai dan alpa akan nikmat yang Engkau berikan. Aamin.
Kesimpulannya, jika kita sakit, jangan merungut. Itu maknanya sedekah kita sikit. Jadi kena sedekah lagi dan lagi. Sedekahlah tasbih mahupun kebaikan kepada Allah s.w.t. - Ustazah Norhafizah Musa -
...Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima...
0 comment