AYAM

Ayam Percik Kelantan

8:48 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Selalunya jumpa ayam percik warna merah tapi semalam leka mencari resepi ayam, jumpa ayam percik warna putih. Menarik ni. Bahan-bahan pun semua ada, jadi masaklah. Kali pertama aku masak dan kali pertama aku makan. Sedap juga. Paling aku suka rasa serainya...Sedap memang sedap. Tapi aku suka ayam percik warna merah lagi sebab aku kan suka pedas, jadi mestilah yang merah lagi menambat hati aku. Aku buat sikit saja, jadi bahannya aku tumbuk. So tak la smooth sangat kuahnya. Aku yang sukakan pedas pun rasa hidangan ni sedap apatah lagi korang di luar sana kan. Pasti membangkit selera. Alhamdulillah.

Resepi: Kak Jie Jie

AYAM PERCIK KELANTAN

Bahan-bahannya

3 ketul dada ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam keping
sedikit bancuhan tepung jagung( untuk segera pekatkan kuah-tapi lebih sedap kuah pekat sendiri tanpa bantuan tepung jagung)
Garam secukupnya
Sedikit gula( kuah ni manis sedikit aje)

Bahan dikisar
2 inci halia
4 batang serai-dihiris halus baru dikisar.(kalau dititik pun boleh)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih.

Bahan untuk rebusan ayam
3 ulas bawang putih-dititik
1 inci halia- dihiris2
Sedikit garam
1 keping asam keping.
Air secukupnya.

Cara Membuatnya
1. Ayam direbus separuh masak dengan bahan2 rebusan dan toskan
2. Dalam kuali, masak santan, bahan kisar dan asam keping sehingga mendidih.
3. Sentiasa kacau supaya kuah tidak berketul-ketul.
4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau sehingga kuah pekat. ( Untuk cepat memekatkan kuah, masukkan sedikit bancuhan jagung.)
5. Apabila sudah cantik kuahnya( berkilat sikit) angkat dan ketepikan.

Cara Bakar
1. Ayam yang direbus separuh masak dibakar dengan api yang sederhana.
2. Balik2kan ayam dan lumur ayam dengan kuah percik tadi sehingga ayam masak dan mesra dengan kuah tadi.
3. Apabila menghidang, tuangkan sebahagian kuah ke atas ayam bakar tadi. Siap untuk dimakan. 

You Might Also Like

0 comment