AYAM

Nasi Ayam Penyet. Berbaloi-baloi!

12:15 PM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Ya ampunn, sedap sungguh hidangan ni. Ayamnya sedap, sambalnya pun sedap. Hubby paling suka ayamnya tapi aku berkenan sungguh dengan sambalnya. Lain benor rasa. Meratah ayam dengan sambalnya saja. Biasa masak nasi ayam guna sambal kicap tapi kali ni lain sungguh. Sangat sedap! Tapi supnya aku guna kaedah aku sendiri. Jadi supnya lain dari resepi asal. Walaupun agak jenuh juga nak buat, yela banyak proses tapi alhamdulillah memang berbaloi-baloi. Licin kami makan. Syukur alhamdulillah.

Resepi: myr

NASI AYAM PENYET 
( Hidangan 6 orang)

Untuk nasi

Bahan:- 

  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
Kaedah:-
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa.
Untuk Ayam
 
Bahan:- 
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)- guna air ni utk masak nasi dan sup
  • ½ sudu besar jintan manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar jintan putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar biji ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • ½ sudu besar serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • Sedikit air
  • 1 sudu kecil garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
Kaedah:-
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.
  3. Setelah perap semalaman, golek-golekkan pada tepung beras.
  4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
 
Untuk Sup: sila CLICK

Untuk Sambal

Bahan:- 
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji cili padi
  • 10 biji bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji bawang putih, hiris
  • 5 biji tomato, potong 4
  • 5 cm belacan
  • 2 sudu ikan bilis
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa 
Kaedah:- 
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.
** Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

You Might Also Like

11 comment

  1. nape yer di panggil ayam penyet..pnh mkn sekali dekat sg buluh...

    ReplyDelete
  2. @Azza : Barangkali kerana ayamnya di penyet kot. Ketuk-ketuk baru sedap kot..hahaha

    ReplyDelete
  3. salam.kat srwk mmg byk nasi ayam penyet kan?mrata2 kdai nk buat nsik ni,yg best tu smbl n rempah kt aym tu la,kan? thumbs up!

    ReplyDelete
  4. Hmm..sedap mesti cuba ni..terimakasih.

    ReplyDelete
  5. wah..sedap sekali..ifa penah rasa nie..:D

    ReplyDelete
  6. nampak macam sedap! tak pernah lagi try ayam penyet. ada resipi yang lagi menarik, share tau! :)

    ReplyDelete
  7. Waw.. dah cube dah.. sdp.. thankz.. :)

    ReplyDelete