Produk

Lulur Mandi Plus Pemutih

3:31 PM

Lulur mandi ni aku kenal masa study di UTM. Roomate aku Ryn yang kenalkan. Sejak tu memang aku pakai sampailah aku dah kahwin ni. Dulu beli harganya RM11 atau RM12 setiap satu. Baru-baru ni aku beli dah jadi RM13 dah harganya. Sudah naik harga sikit. Memandangkan aku belajar dan kerja di Jb dulu, jadi mudah je nak dapat, menyinggah je di Angsana, confirm aku beli. Tapi memandangkan aku dah pindah Sarawak ni, jadi aku tak jumpa kedai ada jual lulur ni. Jadi setiap kali aku balik Semenanjung, memang aku borong banyak-banyak. Sebab di Segamat tu ada satu kedai Mustika Ratu yang jual pelbagai produk-produk lulur ni. Seronok aku! Alhamdulillah.

Aku suka sangat lulur ni sebab baunya wangi la sangat. Lepas mandi 2-3 jam pun bau masih ada. Hubby pun suka la isteri dia wangi-wangi aje kan. hihi.. Tapi kalau bersenam lepas pakai lulur ni, confirmla hilang juga baunya. So far aku pakai ok aje, tak pasti nak cuba lulur lain atau tak. Aku pernah cuba jenama Body Shop tapi tak sesuai dengan selera aku. Jadi aku balik semula pada lulur ni. Aku ni kalau dah suka dengan sesuatu tu, selagi tak bosan, selagi tu aku pakai.

 Lulur Mandi Plus Pemutih | Susu Kambing
Jenama: Ratu Sari

 Memutihkan, mencerahkan, meremajakan dan melembabkan kulit. 
Kulit lebih putih dan bercahaya.

You Might Also Like

9 comment

  1. @Love Pink: Kena berani try-error la nak tengok mana yang sesuai. Tq sudi singgah, nant mel blogwalking ke sana pula ^^

    ReplyDelete
  2. sabun berbuku ke nie?hihi..macam best je =)

    ReplyDelete
  3. nana guna sabun biasa je,malas nak berscrub2:)

    ReplyDelete
  4. klu kat shah alam ley cari tak lulur ni ? macam best je

    ReplyDelete
  5. @lynn kamarul: Try cari kat PKNS dear. Kalu takde, try cari kedai jual jamu atau ubatan di Plaza Alam Sentral. Rasanya macam pernah nampak dijual disitu ^^

    ReplyDelete
  6. mel pindah sarawak kt mana? hehhe, leh gather2 kt cni, eer kt kota samarahan... huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bintulu dear. Kota samarahan?Jauh tu.. Tapi boleh je nak gather2.Awal tahun depan ingat nak jalan2 di kuching. Mungkin boleh jumpa/kenal2 masa tu ^^

      Delete