بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Perkongsian ilmu di hari Jumaat yang indah. Alhamdulillah.
Sesiapa yang diduga oleh Allah seperti suami/isteri bermasalah atau anak bermasalah . Baca surah Yasin setiap hari, khas dan specific untuk orang yang bermasalah tersebut. Lihat apa Allah akan buat, lihat keajaiban Allah. Tapi kena yakin sungguh-sungguh pada Allah. Kita tak boleh kawal pasangan kita agar sayang kita 24 jam, tapi insyaAllah Allah akan menjaganya.
"Maksudnya: Dan orang-orang itu berkata, Ya Tuhan kami anugerahkanlah kami pasangan-pasangan kami, anak-anak kami, zuriat-zuriat kami, sebagai penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertaqwa. " ~ Surah Al-Furqan Ayat 74
Bagi yang dah berkahwin, amalkan ayat ini seumur hidup agar memperolehi pasangan dan zuriat yang soleh dan solehah. Sabar, redha, terima dan usaha sungguh-sungguh. Buat kebaikan dan cari redha Allah. Jika dah lama amalkan doa ini tetapi tidak dimakbulkan, lihat adab kita berdoa. Berdoalah dengan wudhuk, semasa sujud, pada hari Jumaat ataupun ketika waktu hujan. Anak-anak pun mesti amalkan ayat ini sebab anak-anak pun nak jadi orang yang bertaqwa.
"Maksudnya: Ya Allah janganlah Kau tinggalkan aku seorang diri, berilah aku waris" ~ Surah Al-Anbiyaa Ayat 89
Selain itu, jika ada antara kita yang masih mencari jodoh/pasangan, amalkan surah Al-Furqan ayat 74 dan surah Al-Anbiyaa ini setiap hari. InsyaAllah akan dipertemukan jodoh. Kena yakin sungguh-sungguh, jangan minta disegerakan apa yang kita doa. Sesungguhnya Allah dah tulis di Luh Mahfuz takdir kita, jadi doa sungguh-sungguh.
- Ustz Norlaila -
2 comment
Berguna :)
ReplyDeletemembantu sekali :)
ReplyDelete