IKAN

Ikan Terubuk Bakar

3:00 PM

- Auto published entry -

Aku sebenarnya ketika ini dalam flight sudah. Mahu pulang ke Johor, cuti-cuti Raya Haji. Boleh gitu? Lambat lagi raya haji tapi aku sudah cuti. Meninggalkan hubby keseorangan. Takpe aku serahkan suamiku pada tangan Yang Esa, biar Allah jaga.  InsyaAllah baik-baik saja^^

Apapun resepi kali ikan terubuk bakar. Nak masak dan membuatnya mudah. Tapi masa nak makannya macam bercinta. Lama sangat memilih isi ikan dari menyuap ke mulut. Kalau tulangnya banyak tapi besar boleh tahan lagi. Ini tulangnya bukan setakat banyak, halus-halus bangat! Nak makan punya pasal, redah la juga. Rujukan aku di blog MG tapi aku tak ikut resepi ikannya sebab nak cepat sangat tapi air asam memang aku guna K.Ita punya resepi. Memandangkan ikan terubuk di Bintulu ni agak besar-besar, jadi memang kena potong dua. Saiz ikan ni pun sebenarnya yang paling kecil aku jumpa. Walaupun simple je sekadar letak kunyit dan garam tapi tetap menyelerakan. Air asam ni pun sangatlah kena dengan ikan terubuk ni. Sungguh sedap!

IKAN TERUBUK BAKAR

Bahan:-
1/2 ekor ikan terubuk
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
2 helai daun kunyit


Cara:-
1. Buang isi perut ikan dan bersihkan. Sisik ikan jangan dibuang supaya memudahkan pembakaran.
2. Lumur ikan dengan garam dan kunyit.
3. Balut ikan dengan daun kunyit dan aluminium foil.
4. Panggang hingga masak.

Resepi: K. Ita

AIR ASAM HARUM RAMPAI

3 batang cili merah ~ dikisar halus

6 tangkai cili api ~ dikisar halus
Sedikit belacan bakar ~ dikisar
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 biji tomato ~ didadu
1 kuntum bunga kantan ~ dirampai
4 tangkai daun kesum ~ dirampai
250 gm asam jawa ~ diramas bersama 6 sudu besar air tapis dan ambil airnya sahaja
2 biji limau kasturi ~ ambil jusnya
garam dan gula secukup rasa

Cara:-
Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk yang besar
Tuangkan air asam
masukkan bawang hiris, tomato, bunga kantan dan daun kesum
Gaul rata
Perasakan dengan garam dan gula secukuprasa
Perahkan jus limau kasturi atau limau nipis.

You Might Also Like

3 comment

  1. smlm sy bt cencaru bakar..biasa brp suhu nk bkr ikn ek?smlm mule2 set 10 minit..lps tmbh g 20 minit...besela..x bese pki oven..hihi

    ReplyDelete
  2. mel biasa bakar guna dapur je may. kalau guna oven, biasanya bakar siakap je.Hari tu bakar ikan siakap guna 180c 30min. Bolehlah nak try resepi ni ^^: http://melinblossom.blogspot.com/2012/06/ikan-siakap-bakar-berempah-woku.html

    ReplyDelete
  3. Salam perkenalan Wani....
    Wah, sedapnya terubuk bakar.Ada air asam lagi. Nanti boleh lah saya cuba ya...

    ReplyDelete