SAYUR

Sayur Kucai Goreng Belacan

6:11 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Entri lewat petang. Memandangkan aku ada di Johor, jadi blog agak tak berupdate. Alhamdulillah busy rehat, jaga anak buah, window shopping dan sembang-sembang. Sayur kucai ni 1st time masak sebegini. Biasanya guna untuk buat cekodok atau cucur udang saja. Agak ada kelainan kucai dimasak untuk dimakan bersama nasi ni. Memang akan ku buat lagi. Sedap juga di tekak aku.

SAYUR KUCAI GORENG BELACAN

Resepi: Sbm
Sumber: Wani

Bahan-bahan
Sayur kuchai di potong
Serbuk cili ( ½ sudu teh )
Perencah pati ikan bilis Tumix
Sedikit gula jika suka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan- bahan A ( Di Tumbuk )
Bawang merah ( wani guna  3-4 ulas bawang merah untuk segenggam sayur kuchai )
Udang kering di rendam dalam air panas dan toskan ( 1 1/2 sudu besar )
Sedikit belacan

 Cara- cara
  1. Panaskan sedikit minyak.. Tumis bahan-bahan A, serbuk cili dan sedikit gula ( jika suka ) sehingga wangi dan garing.
  2. Masukkan sayur kuchai dan masak sehingga layu.
  3. Tambahkan sedikit air, perencah pati ikan bilis dan garam secukup rasa.. Gaul rata.
  4. Biarkan sehingga sayur masak.
  5. Hidang dengan nasi putih panas.


You Might Also Like

14 comment

  1. perrrrghhhh sedapnyaaaaa!!!! slurrppppp

    ReplyDelete
  2. tadi masa koew tieuw guna kucai jugak

    ReplyDelete
  3. tak biasa pulak makan kucai sesaja nih , boleh try umah banyak daun kucai

    ReplyDelete
  4. saya nikee dr laman dapur helen...hmm nampak sedap...wani bole masak ni dengan telor dadar bersama daun kesum,,pasti terangkat..tq for joining my laman.

    ReplyDelete
  5. menarik.. sebab slalu kucai tu buat rencah je..

    ReplyDelete
  6. sedappppnye tgookkk. nnty nk cubelahh. thanksss dear for the share :)

    ReplyDelete
  7. jarang terfikir nak buat goreng kucai...slalu masukkan dlm mee jek...gud idea jgk

    ReplyDelete
  8. hai. drop by here for the 1st time. :) menarik juga menu ni. bole cuba.

    ReplyDelete
  9. kebetulan ader kucai dlm peti ais..;)
    sll greng ngn tauge je :0

    ReplyDelete
  10. sedapnya tgk....hehhe....tapi saya tak kuat mkn...kalu try masak leh lah...

    ReplyDelete