AYAM

Nasi Ayam Goreng Berempah Serai & Kuih Kaswi

9:45 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi bertemu dalam Ramadhan hari ke 12. Mana tau esok lusa ramadhan masih ada tapi tak boleh puasa pula.. Faham-faham jela perempuan ni. Diharapnya setiap antara kita boleh berpuasa penuh tahun ni. InsyaAllah. Internet memang tak mengizinkan 2-3 hari ni untuk BW atau buat entri. Lagipun tiada story baru untuk diceritakan. Bercerita tentang makanan lain macam rasanya sebab bukan blog masakan. Tapi entri ni tetap tentang makanan juga. Apa sajala labu...layanla 4 resepi sekaligus ni. 

Hari sabtu punya hidangan berbuka puasa. Berbuka dengan nasi ayam goreng bersama ayam goreng berempah serai cicah sambal belacan mangga dan kuih kaswi. Sangat menyelerakan. Ayam goreng makan dengan sambal ni memang kena sangat-sangat. Sambal belacan tu mel guna mangga dah masak dan buat agak tak pedas jadi memang licin pinggan. Harus buat lagi ni. Kesedapan boleh rasa sampai hari ni..hahahaha. Kuih kaswi tu lama dah tak buat. Warnanya agak pudar tapi sedikit pun tak menjejaskan kesedapan kuih tu. Nak buat agak senang, bila dah makan suka la sangat sebab lama dah teringin. Silala cuba ye kalau nak tau sedap ke tak.


NASI AYAM GORENG

Resepi: mel


Bahan-bahan:-
2 cawan nasi sejuk
5 biji cili padi - ketuk
Sedikit carrot - potong dadu
Sedikit kubis bulat - hiris nipis
1 1/2 sb bahan kisar (CLICK)
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
Garam
Ajinamoto

Cara:-
1. Tumis bahan kisar bersama cili padi dalam sedikit minyak hingga bahan kisar pecah minyak.
2. Masukkan sos cili, sos tiram dam garam. Kacau rata. (aku suka letak garam awal untuk mengelakkan garam tidak rata pada nasi sebab aku guna garam kasar tapi letak kemudian pun boleh)
3. Masukkan carrot, kubis dan nasi. Kacau sebati
4. Sesuaikan rasa. Hias dengan bawang goreng, daun sup dan daun bawang
5. Boleh dimakan bersama ayam goreng, timun dan keropok keping.


AYAM GORENG BEREMPAH SERAI


Bahan:-
1/2 ekor ayam ~ dipotong
3 ulas bawang putih
1 in kunyit hidup
sedikit garam kasar
3 btg serai ~ dihiris
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili mesin
sedikit perahan limau nipis/kasturi
2 - 3 sudu air
1 tangkai daun kari
minyak utk menggoreng

Cara:-
1. Tumbuk bawang putih, kunyit hidup dan garam hingga lumat.
2. Masukkan serai dan tumbuk lagi (tak perlu lumat sekadar melembutkan serai jer)
3. Gaulkan bahan tumbuk dgn serbuk kari, cili mesin, perahan limau, air dan daun kari hingga menjadi paste.
4. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.Perap sekurang2nya 1/2 jam
5. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak/garing.
6. Angkat, toskan dan boleh lah dihidangkan panas2.



SAMBAL BELACAN MANGGA MUDA

Resepi: fromintankitchen

Bahan:-
15 tangkai cili padi
3 batang cili merah
sedikit belacan bakar
1/2 biji bawang besar - aku guna bawang kecil
1 biji buah mangga separuh masak ~ di hiris halus
Garam dan gula secukup rasa

Cara:-
1. Tumbuk kesemua bahan kecuali mangga hingga halus
2. Masukkan mangga dan gaul rata
3. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa




KUIH KASWI

Resepi: Kak Reen Khan

Bahan-bahannya:-

Bahan A
5 cawan air - aku letak 4 cawan
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
sedikit kicap pekat

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
1/2 sudu teh kapur makan (bancuhkan dengan sedikit air untuk dapatkan paste pekat)
kelapa parut putih
sedikit garam

Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan A kecuali kicap kedalam periuk dan masak sehingga gula larut. Angkat dan tapis untuk buang benda asing dalam gula merah. Masukkan sedikit kicap pekat dan biarkan sejuk
  2. Alas loyang 4 segi berukuran 10 x 10 x 3 inci dengan plastik dan ketepikan. 
  3. Masukkan semua tepung dalam bekas dan kemudian masukkan bancuhan gula tadi sedikit demi sedikit dan kacau rata dengan mengunakan whisk. Masukkan air kapur dan kacau rata
  4. Tapiskan bancuhan dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap. Kacau sentiasa mengunakan sudip kayu.
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus selama 30 minit sehingga masak
  6. Bila kuih sudah sejuk baru potong dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.



You Might Also Like

0 comment