DAGING

Daging Masak Bali

9:24 AM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Di rumah ni kalau masak daging memang laju je habis. Masalahnya di Bintulu ni macam tiada orang jual daging. Terpaksa beli daging import dari New Zealand yang agak mahal dan banyak lemak. Tapi dah terpaksa, beli saja. Melayan tekak nak makan daging la katakan. Hari tu ada orang jual daging di kawasan rumah ni tapi sekarang dah tak jual dah. Harus bawa banyak-banyak daging pulang dari Semanjung nanti. Daging rebus, serunding daging, daging mentah semua ku bawa!! haha. Daun pandan dalam resepi ni sesaja letak disebabkan ada sehelai daun pandan dalam fridge yang nazak dah, daripada dibuang masuk jela masa masak. Resepi kak hana ni memang selalu buat. Menjadi kegemaran hubby sesangat!! Dijamin sedap!

Resepi: Kak Hana

DAGING MASAK BALI

Bahan-bahan:-
  • 1/2 kilo daging - rebus dan hiris kecil
  • *6 tangkai lada merah @ cili kering
  • *5 biji bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *3 biji buah keras
  • *1/2 inci kunyit hidup
  • *1 inci lengkuas
  • *1 inci halia
  • *1 sk jintan manis, putih, dan ketumbar
  • 2 batang serai - ketuk
  • 2 helai daun salam
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • 1 biji tomato - belah 4 atau cincang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Garam dan gula merah@gula melaka
Cara-cara:-
  • Tumbuk bahan yang bertanda *. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik minyak. Masukkan tomato dan air asam. Kacau.
  • Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging, daun salam, daun limau purut, serai, kicap manis. Masak sehingga kuah agak kering sedikit.
  • Akhir sekali perasakan dengan garam dan masukkan gula merah secukup rasa.
  • Hidangkan dengan nasi hangat.
  • Untuk bumbu nih leh tukar dengan ayam, telur rebus dan ikan. (klu ikan, goreng biasa dulu)
 
Karipap sardin ni buat memang sikit je coz hubby tak makan. Nak buat macamana tekaknya orang Terengganu, hanya makan karipap isi ikan (samosa) dan karipap ayam saja. Sudah ku cuba bagi karipap lain, tak mau juga. Kalau buat karipap kentang ke, karipap keledek ke aku makanla sorang-sorang. Senang je buat karipap sardin ni. Masak sardin pedas-pedas, uli tepung sikit, gentel-gentel dah siap!! Resepi nak buat kulit karipap lihat SINI ya! My mom memang suka kalau karipap kulitnya ada menggerutu macam dalam picture ni. Kalau kulitnya licin je, harus my mom tak sentuh k, katanya tak cantik. Pastikan minyak gorengan cukup panas untuk mendapatkan kulit menggerutu ni. Aku ni tak kisah, menggerutu ke, licin ke, asal sedap telan saja. Selamat berhujung minggu dan menjalani ibadah puasa!

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Orang yang segera berbuka puasa sentiasa dalam kebaikan"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

You Might Also Like

1 comment

  1. tun x makan dagingg.. hihi.. tp kdg2 kalau hasben tun teringin mkn daging tu, mmg terpaksa la beli daging import tu kan..

    ps: laaaa... ingatkan mel duduk kat2 ngan bandar jugak. luar bandar rupa2nya.

    ReplyDelete