Frozen

Karipap Keledek Inti Sedap

9:21 AM

Karipap inti sedap. Itu resepi asal punya nama. Tapi memang sedap la. Memang selalu buat guna resepi ni. Bagi yang baru nak berjinak-jinak buat karipap tu, resepi memang disyorkan.. Memang mudah tapi hasilnya sangat puas hati. Selamat mencuba!

Resepi: myr

KARIPAP KELEDEK INTI SEDAP

Bahan kulit:
1 mangkuk kecil tepung gandum
1 sb margerin - cairkan
1 sb minyak masak
Garam
Air suam secukupnya

Kaedah:
1. Bancuh garam dengan sir suam
2. Campur tepung, margerin dan minyak. Masukkan air garam sedikit demi sedikit
3. Uli rata

Bahan inti:
1 bj keledek putih - potong kecil dadu
1 ketul ayam dan dada ayam - potong kecil
1 bj telur rebus - potong kecil dadu
1 sb kari ayam
1/2 bj bawang besar
2 ulas bawang putih
3-4 helai daun sup

Kaedah:
1. Blend/tumbuk bawang besar dan bawang putih
2. Tumis bahan blend dan daun kari
3. Masukkan pes kari, keledek, ayam, air dan garam
4. Tutup seketika hingga keledek lembut
5. Pabila dah kering airnya, tabur daun sup. 
6. Angkat dan sejukkan
7. Asingkan daun kari dan tulang ayam sebelum operasi canai dimulakan
8. Masukkan inti dan telur ke dalam kulit
9. Goreng keemasan
10. Hidang

Tips: 
Jangan guna keledek merah ye, lembik nanti. 
Keledek merah sesuai untuk dibuat kuih cek mek molek

You Might Also Like

0 comment