IKAN

Ikan Masak Cuka

9:13 AM

Assalamualaikum.
Dalam banyak-banyak masakan ikan dalam dunia ni, hidangan ni la yang aku masak kalau tak tau nak masak pe ikan . Lagi-lagi ikan yang kecil-kecil macam selayang, kembong, or ikan sela kuning. Hubby tak berapa suka makan ikan goreng. Dia suka kalau ikan tu dimasak pedas@ berempah. So, kenala layankan mood cik suami kan. Suka betul rasa cuka dan pedas ikan ni. Sedap!!

Resepi: mel

IKAN MASAK CUKA

Bahan-bahan:
1-2 ekor ikan selayang - ikan lain pun boleh
*4 bj bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 1 in halia
* 2 bj cili padi
* 1 bj cili merah
* 1 btg serai
1/4 cawan cuka
1/2 bj timun - hiris panjang
Garam dan gula
Air secukupnya

Kaedah:
1. Goreng ikan hingga garing dengan garam dan kunyit
2. Tumis bahan hiris *
3. Masukkan cuk , gula, timun dan air. Kacau rata
4. Masukkan ikan dan garam
5. Hidang

Tips: 
1. Kalau guna timun Jepun, boleh hiris semua tapi kalau guna timun biasa, buang bahagian tengahnya sedikit
2. Kuahnya lagi pekat lagi sedap
3. Nak pedas tambah lagi cili padi ya

You Might Also Like

1 comment