BUAH-BUAHAN

Pokok Tembikai Tepi Rumah

9:00 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Sejak mula berpuasa hari tu, hujan adalah turun 4-5 kali, pastu panas sepanjang masa. Redup pun ada tapi kadang-kadang saja. Duk dalam rumah pun panasnya membahang sangat. Inikan nak keluar shopping di Bintulu, panasnya tak tau nak cakapla. My mom kata di Johor pun panas, tak hujan. Tapi semalam pulang dari Bintulu shopping baju raya hubby sampai je kat rumah melepek suami isteri depan tv. Sangatlah tak larat, macam nak tercabut kepala lutut hubby kata. Panas sangat cuaca ditambah dengan perjalanan yang agak jauh. Tapi pekena air sejuk mahupun juadah sejuk memang sedap sangat masa berbuka. Memang sejuk je tekak berbuka semalam. Syukur alhamdulillah pokok tembikai tanam tepi rumah ni tak pernah putus buahnya sejak baru berbuah bulan lepas. Sekaligus 4 biji berbuah. Baru ambil sebiji tetiba nampak ada 1 biji kecil terjulur keluar. So excited k! Tak pernah nampak pokok tembikai depan mata, tepi rumah lagi.Hari tu beli tembikai merah yang lonjong ni pastu tabur je bijinya, tup..tup.. hidup pula..Tanah yang memang subur. Alhamdulillah.


Ditambah pula dengan puding jagung ketika berbuka terasa nikmatnya. Selalu dah buat puding jagung ni tapi biasanya habis dulu baru nak ambil gambar. Resepi nak buat memang mudah, siapa-siapa pun boleh buat. Ada orang letak susu, aku tak suka susu jadi harus letak santan. Sedap puding jagung ni, memang menu wajib kalau g bazaar.

Resepi: melinblossom

PUDING JAGUNG

Bahan:-
1/2 tin sweet corn cream style - kena check betul-betul masa beli!
1 cwn tepung bird kastard 
3 cwn santan
1 cwn gula pasir 

Cara:-
1. Satukan semua bahan dan kacau rata.
2. Masak dalam api sederhana dan kacau sepanjang masa
3. Masak hingga berkilat. 
4. Angkat dan sejukkan
5. Sedia untuk dimakan

Nak dijadikan cerita adalah waktu bersahur hari tu, dapur gas habis. Nasib baik ayam sudah siap digoreng, jadi makan nasi dengan ayam goreng dan kurma saja. Tong gas ada satu biji je. Nak beli satu lagi harganya ya ampun 2 kali ganda harga semenanjung. Lebih kurang RM100+. Rugi tak beli awal-awal masa angkut barang dalam kontena dari Selangor ke Bintulu ritu. Pagi-pagi buta suruh maid g tepon orang kedai suh anta tong.. Dugaan betul bulan ramadan ni. ^^

You Might Also Like

0 comment