AYAM

Ayam Aneka Cili & Kerabu Mangga

4:06 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Alhamdulillah dimurahkan rezeki menikmati hidangan yang sedap2 hasil air tangan sendiri. Alhamdulillah tak perlu merempat atau meminta sedekah hanya untuk makan sesuap nasi. Syukur kepadaNya. Resepi ni ambil dari blog Kak Ummi lagi. Boleh dikatakan this week resepi semua mik dari blog dia. Aku jengah blog sini, blog sana n cuba semua resepi. hihi. Apepun masak ayam cara ni memang sesuai dengan selera kami yang sukakan pedas ni. Makan pulak dengan kerabu mangga, memang licin pinggan makan. Sedap sangat ayam dan kerabu ni diratah saja. Lain kali nak masak kena lebih sikit coz nak ratah. Aku ada ubah2 sikit resepi ni ikut kesesuaian bahan kat dapur. Nak tengok resepi asal, leh tgk kt blog kak ummi ye. Bagi yang tak tahan pedas tu, mungkin boeh kurangkan cili ya ^^

 AYAM ANEKA CILI

Bahan-bahan:
200-300g ayam - potong kecil
1/2 labu bawang besar - mayang kasar
2 ulas bawang putih - hiris
1 in halia - hiris
6 tangkai cili padi - hiris
4 tangkai cili kering - gunting serong
1/2 bj lada benggala hijau/merah - potong dadu
1/2 btg lobak merah - potong panjang
2 urat kacang panjang - patahkan 2 in
1/2 sk lada hitam
1 sb kicap manis
1 sb sos cili
Gula

Kaedah:
1. Goreng ayam yang telah dilumur dengan garam dan kunyit hingga masak. Angkat & ketepikan.
2. Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi, cili kering dan halia dalam sedikti minyak hingga naik bau
3. Masukkan lada hitam, sos cili dan kicap. Kacau
4. Masukkan gula dan garam (jika perlu).
5. Masukkan kacang panjang dan cili benggala. Kacau rata
6. Seimbangkan rasa. Angkat & hidang

Kerabu mangga ala Thai ni menu ulangan. Buat banyak kali pun memang sedap kat anak tekak kami berdua. Bolehla cuba ye jika suka. Resepi malas salin balik. Boleh tengok kat link bawah ye. 

Selamat mencuba!

You Might Also Like

0 comment