Kek | Muffin

Kek Pisang Sedap

7:47 PM




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Hari ni membaking plak. Dek kerana pisang emas belakang rumah berbuah tak putus2, sudahnya banyak pisang yang terbuang. Nak bagi orang sekeliling takleh coz semua rumah dah ada pisang. Adoi..Resepi ni memang best. Sedap sangat!! Tapi my hubby kata kurang lemak sikit..Mungkin kurang susu kot.. Lain kali nak buat kek pisang harus guna resepi ni.. Gebu dan lembut je. Bukan puji diri sendiri ye tp resepi dari blog kak ummi ni memang best!Copy paste dari sana saja ya!!

KEK PISANG SEDAP

Bahan A:-
150 gm marjerin - Planta
150 gm gula kastor  - Letak 135g juga
3 biji telor
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek - Guna pisang emas

Bahan B:-
200 gm tepung berprotein rendah - Guna tepung gandum
30 gm chocolate rice - Tak letak
1/4 sudu teh soda bikarbonat

Hiasan:-
2 biji pisang ( dipotong nipis bulat)
1/4 cawan hirisan badam (ni akak tambah)



Cara-cara
1. Pukul marjerin (mentega) dan gula hingga nampak keputihan.2. Masukkan telor satu per satu (*pukul telor hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya.) Pukul hingga sebati.
3. Secara berselang seli, masukkan bahan B dan susu, adun rata.
4. Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
5. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas (akak guna mangkuk Pyrex jek, so just gris mentega saja, x perlu alas)
6. Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. (akak tabur jugak hirisan badam).
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 40 minit/hingga masak.

Selamat Mencuba  

You Might Also Like

0 comment