بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum. Sejak akhir2 ni memasak rasanya banyak menggunakan garam. Mana tak nya, kalau masak nasi goreng guna belacan, guna sos ikan, tak termasuk guna sos tiram n kicap lagi. Itu semua ada banyak garam tersembunyi. Last week tgk satu dokumentari tentang kaedah menggantikan garam. Dek kerana cuaca tak berapa bagus, biasala astro haruslah tak dapat tgk tv kan. So, google la. Banyak fakta dan tips yang menarik untuk dicuba sebagai pengganti garam. FYI, garam bukan sahaja boleh menyebabkan darah tinggi malah boleh menyebabkan sakit jantung , buah pinggang dan banyak lagi penyakit lain yang akan datang disebabkan garam sahaja. So, sebelum ada anak ni, harus mencari resepi dan kaedah terbaik untuk memasak makanan yang sihat demi kesejahteraan suami isteri dan keluarga juga!!Cewah!!
Tips 1:
Penggunaan Rempah Tanpa Garam
Boleh guna Seasoning Mrs. Dash [ Salt Free!!]. Tapi, celah mana nak cari seasoning ni kat Malaysia kan. Weekend ni nak try cari seasoning yang salt free. Ada jual ke kat Malaysia ni? Rempah yang biasa beli McCormick's je. Itu pun tak pasti ada salt ke tak dalamnya coz takde tertera sebarang maklumat pemakanan pun. Aduhai!!!
Tips 2:
Buat sendiri campuran rempah aka homemade seasoning blend
Ada banyak laman web yang tunjuk panduan penggunaan rempah sebagai pengganti garam. Kat bawah ni ada satu contoh homemade seasoning.
Ada beberapa link boleh dijadikan rujukan. Silala cuba ye. Tuan tanah pun baru nak cuba! Link 1 | Link 2
Tips 3:
Penggunaan Lime Juice/ Fresh Lemon
Tak pernah try lagi tapi this weekend harusla beli nak cuba2 dulu.
Tips 4:
Penggunaan Olive Oil/Sesame Oil/Infused Oil
Mungkin ada beza kot. Mel biasa guna minyak jagung je, macam takde beza. Tapi kalau dah namanya tips, harusla cuba. Kalau jadi, boleh buat selalu, kalau tak jadi cuba kaedah lain pula.
Tgk dokumentari tu macam wake up call jugala. Kalau tak mula sekarang, bila lagi nak mula kan. Nanti dah terbiasa asyik guna garam, jadi ketagih pula. Yela, kalau tengok resepi buat kek pun ada guna garam walhal kek kan seharusnya manis. Nak tak nak memang ada sedikit penggunaan garam tak kirala masak apepun. Semoga maklumat yang tak seberapa ni dapat memberi manfaat kepada semua pembaca ^_^
p.s: Sangat teruja tgk laman web rempah2 ni. Ada resepi gak. Silala klik ye. Mrs. Dash | McCormick's
p.s: Sangat teruja tgk laman web rempah2 ni. Ada resepi gak. Silala klik ye. Mrs. Dash | McCormick's
0 comment