AYAM

Rosemary n Garlic Roast Potatoes & Ayam Bakar Serai Madu

2:19 PM

  
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Lunch tengahari makan ayam  dan kentang panggang je. Bosan amat makan nasi..Bukan tak bersyukur tapi kalau masak nasi tu membazir je tak termakan. Nasib baik ada kucing, leh la bagi. Itupun kena bagi lauk skali, kalau bg nasi je, sampai ke sudah terbiar je kat lantai. Kami berdua amatlah teringin nak makan mee goreng tp tak boleh beli kat Bintulu ni. Yela, halal haram tak tau, kalau ada tulis halal pun memang tak beli juga coz kat Bintulu ni mana ada sangat orang Melayu. Jadi memang tak selera nak beli k. Sedang menunggu mesin pembuat mee sampai dari semenanjung. Lepas ni boleh buat entry pasal pembuatan mee kuning pulak. Apepun layanla ye resepi ni. Mudah, sedap dan senang!!
Aku copy paste dari blog sis Qistina ja.

AYAM BAKAR SERAI MADU
Bahan-bahan:
1 ekor ayam-belah belakang (guna chicken breast je)
1 biji lemon-ambil jus* - xde.xletak
1 sb madu
1 sb kicap pekat
1 sb gula*
1 batang serai*
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
3 hiris halia*
10tangkai cili kering*
1 sb minyak*
1 sk lada hitam - tumbuk kasar
garam + perasa + oyster sos - secukupnya
1 sb madu - utk sapu bila ayam hampir masak
Cara:
1. Kisar bahan * dan campurkan dgn bahan2 lain. Sesuaikan rasa dan lumur atas ayam.
2. Perap selama 5-12jam.
3. Bakar 220 deg C selama 1 jam.
4. Bila dah masak sapukan 1 sb madu atas ayam. Bakar lagi selama 5 min.


ROSEMARY N GARLIC ROAST POTATOES
Bahan-bahan:
750g - 1 kg kentang
2 tsp chopped fresh rosemary leaves
1 garlic clove, chopped finely
olive oil
salt n pepper

Cara:
1. Kopek kentang dan potong 4. Masukkan ke dalam periuk dan tambah air hingga menutupi kentang.
2. Masak atas dapur until just cooked about 10 minutes. (jangan masak sampai lembik sebab nak roast lepas ni).
3. Drain the potatoes until kering dan masukkan semula kedalam periuk tadi dan tutup periuk.
4. Goncang2kan periuk sedikit to get the rough edges around the potatoes. (tapi jangan goncang kuat sangat, nanti potatoes hancur).
5. Transfer the potatoes ke dalam greased roasting pan dan taburkan chopped rosemary n garlic and drizzle with olive oil n gaulkan guna tangan.
6. Bake it in the preheated oven at 190-200ºC for about 30-40 minutes depending on the size of the potatoes.

You Might Also Like

2 comment

  1. sampai mcm tu sekali ke halal haram barang kat sana? wahh.susahnya nak hidup mcm tu. Siti duk bintulu area mana? Aku ada bestfren tinggal kat bintulu. Teringin pulak nak gi sarawak ni.hehe

    ReplyDelete
  2. Bab halal haram ni yang payah.kalu kt semenanjung ramai org melayu, jd tak kisah sgt..Tp kt cni, aku rasa mcm aku laki bini je Melayu..hahaha..Aku duk kat pedalamanla.Bukan dekat bandar bintulu.1 jam 30 min dari bintulu.Kalo ko datang rumah kawan ko leh inform aku..Tp bintulu takde ape yg menarik pun utk di lawati..hihi..

    ReplyDelete