Apa Kata Anda?

Pengalaman seorang pendidik

8:16 AM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum.
16 Mei 2012. Selamat Hari Guru buat para guru di seluruh Malaysia.
Aku pernah jadi guru di sekolah menengah, pernah juga jadi pensyarah di kolej swasta
Tempat yang berbeza, ragam yang berbeza malah pengalaman yang memang jauh beza namun matlamatnya sama untuk mendidik anak bangsa menjadi orang berguna. Ya, memang banyak yang telah berubah sejak 50 tahun dahulu namun tak lupa perbezaan zaman millenium ni dengan zaman sekolah dulu.
Pengalaman jadi cikgu/pensyarah mengajar betapa beratnya tugas seorang pendidik.

My pengalaman mengajar di sekolah menengah: Ada pelajar seawal ting 1 sudah pandai ponteng kelas, sudah pandai melawan malah ada yang pandai merokok dan lari dari sekolah. Itu tak kira la pelajar ting 3/ ting 4 yang memang dalam fasa meningkat remaja. Darah muda membuak2, semua benda nak dicubanya. Bila bercakap ada saja benda nak dijawabnya. Banyak kejadian yang melibatkan polis namun kesedaran masih jauh dari lubuk hati pelajar-pelajar. Pelajar yang dibuang sekolah pun masih tidak sedar malah perangai yang sama dibawa ke sekolah lain. Pernah satu ketika ada rakan sekelas meninggal, perangai tetap sama, tak ubah2. Lari sana sini, kacau student kelas lain, merokok dalam tandas, ponteng solat zohor, masa ujian sanggup tido n hantar kertas kosong n macam-macam la perangai. Memang tahap kesabaran yang sangat tinggi diperlukan dalam menangani pelajar macam ni. Bukan setakat kelas hujung je yang kurang ajar, kadang kelas no 1@2 pun ada yang kurang ajar. Ada satu ketika ngajar budak form 2 n bertanya tentang cita-cita, dengan bangga sorang student pompuan ni jawab 'Saya nak jadi artis, nanti boleh popular tapi mak ayah saya tak bagi'. Buat kerja sekolah ala kadar, tapi bersolek n melawa no satu. Kelakar pun ada rasanya. Bukanla nak kata jadi artis 2 salah tapi agak-agak la. Memang banyak mengucapla bila masuk kelas yang mana studentnya kurang ajar dan malas. Tension sangat2 k!

Pengalaman di kolej swasta tak la seteruk di sek menengah tapi sumtime memang hangin jugala. Sikap kurang ajar memang xde tapi sikap ponteng kelas, tak siapkan kerja, tiru kerja rakan-rakan memang menjadi ujian buat pensyarah. Yela cuba bayangkan mereka ni bayar mahal-mahal tapi belajar malas, kadang-kadang sampai ada yang repeat subjek yang sama berulang kali setiap semester. Sudahnya berhenti belajar di tengah jalan. Dah cuba macam-macam teknik tapi sikap malas yang memang takdak ubatnya di kalangan mereka ni susah nak kata k. Ada beberapa orang my ex student yang masih tanya khabar, n ada yang dah bekerja dengan company besar. Alhamdulillah, walaupun tak semua berjaya tapi itu jalan yang mereka pilih sendiri.

Tapi tak semua macam tu, ada juga pelajar yang elok sikapnya walau di kelas hujung. Ada student yang memang tak pandai tapi ada semangat dan sikap yang rajin nak belajar. Pelajar macam ni memang patut bagi layanan lebih sikit. Tapi mengajar kelas depan dengan kelas belakang memang berbeza. Bila jumpa kat luar, pelajar kelas depan memang buat tak nampak je kita ni. Pelajar kelas hujung2, yg sikap memg malas n fail je tiap kali ujian ni, siap tegur n tak masam muka. Entahla nape jadi macam tu. My fren pun alami benda yg sama. 

Banyak bezanya zaman belajar dulu n sekarang. Dulu nak masuk bilik guru pun takut2. Sanggup tunggu member kat luar jika takdak urusan. Cikgu takdak, duk je dalam kelas study ke/borak2 ke, xdaknya nak berjalan suka2 g toilet or kelas lain. Cikgu ngajar, xdak nak bising2. Masa exam, xdak nak tipu2 atau tiru2..sangat takut k kena tangkap meniru. Masa balik mana nak terkejar, potong barisan semua. Rumah takkan lari k kalau terkejar2 balik awal. So kepada semua warna pendidik, tetapkan kesabaran yang tinggi setiap hari pergi mengajar ye. Jangan tension tu di bawa masuk dalam hati kita sampai boleh memudaratkan kehidupan seharian. Selamat Hari Guru ^_^

You Might Also Like

0 comment