AYAM

Ayam Mentega Rangup

3:59 PM


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Seminggu ni panas sungguh. Musim kemarau agaknya. Air sungai pun dah nak kering dah. Hujan minggu ni baru sekali. Duk dalam rumah terasa bahang sangat. Tengahari yang panas dapat pekena air barli sejuk bersama hidangan yang menyelerakan memang syokk!! Bosan dah makan menu sama je tiap2 minggu, cuba resepi ni plak. Sumpah tak tipu sedap gile ayam masak cara ni. Rasa lada hitamnya, pedas cilinya dengan wangi mentega dan daun karinya memang sedap sangat. Dihidangkan dengan kangkung tumis, bertambah-tambah makan nasi. Aku copy paste resepi ni dari blog homesweethome. Sangat berterima kasih la sebab resepi ni memang sedap sangat!

AYAM MENTEGA RANGUP

Bahan-Bahan:  
2 keping dada ayam - hiris
2 tangkai daun kari - hiris
4 biji cili padi - mel letak 8 bj
60 gm mentega 
1/2 biji bawang besar - cincang
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng
Sedikit gula

Bahan-Bahan Perap:
1/2 sk perencah pati ayam Tumix
2 sk gula
1 biji telur - Mel xletak. Stok habis
1 sb tepung jagung
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk  serbuk lada putih
Garam secukup rasa


Cara-Cara:
1. Ayam d gaul bersama bhn² perap dan perap selama 20 minit.
2. Saluti ayam tadi dengan tepung jagung.. Goreng.. Setelah ayam masak angkat dan ketepikan.
3. Cairkan mentega dan masukkan bawang besar, daun kari dan cili padi.. Tumis sehingga naik baunya.
4. Kemudian masukkan ayam dan gula.. Gaul sebati.
5. Angkat dan hidang.

You Might Also Like

0 comment