Mee | Mihun | Spaghetti | Laksa | Pasta

Mihun Goreng Simple

9:01 AM


Mihun goreng? Bihun goreng? Tak taulah ape bezanya, yang penting sama je rasanya. Bestnya kalau g kenduri dapat makan bihun goreng yang sedap. Aku dulu memang masak bihun guna perencah segera sahaja. Tapi hb tak suka pula. Langsung tak dijamahnnya. Dah cuba banyak kali masak, ada yang sedap dan ada yang tidak. Tapi akhirnya aku dapat resepi yang kena dengan selera aku dan tekak hb. Bahan-bahannya dan kaedah memasaknya aku sudah tahu. Bila aku jamu tetamu pun resepi inilah yang aku guna.

Resepi: mel

MIHUN GORENG

Bahan-bahan:
1 mangkuk bihun - celur dalam air panas sebentar
1 1/2 sb bahan kisar (CLICK)
5 sb kicap
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
1 sb sos tomato
1 bj cili merah 
Mix vege - sawi, kobis, taugeh
Dada ayam - goreng dan carik-carik
1 bj tauhu - goreng dan potong dadu
Garam
Daun sup, daun bawang, bawang goreng


Kaedah:
1. Tumis bahan kisar bersama cili merah hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan 2sb kicap. Kacau sebati.
3. Masukkan mix vege dan mihun. Kacau rata.
4. Masukkan ayam dan tauhu.
5. Masukkan 3sb kicap dan sesuaikan rasa
6. Sebelum dihidang, masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan

**Aku masukkan kicap 2 kali. Dengan cara ni akan buat mihun goreng lagi sedap. Jangan tanya aku kenapa. Aku tak tahu. Itu cuma hasil try-error aku sendiri.
**Cili merah tu aku tumis dengan bahan kisar sebab aku suka pedas. Kalau tak mahu pedas, boleh jadikan hiasan setelah habis goreng.

You Might Also Like

0 comment