IKAN

Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai

4:53 PM


Assalamualaikum. Semalam beli siakap kat pasar. Walhal dah selalu makan siakap dek kerana ayah aku memang kaki pancing. Kadang2 tu stok kat rumah sampai berpuluh2 ekor ada. Tapi tak simpan lama pun sbb ada org beli. Jual RM15 sekilo. Tapi kalau ada kenduri, memg siakap jadi menu utama.hehe
Lama dah tak mengukus ni, jadi aku kukus saja ikan ni

Dah cari resepi ikan stim ala thai di internet tapi semuanya dah cuba. Jadi, ape yg aku buat aku kumpul semua resepi n combine kan semua bahan-bahan. Jadila IKAN STIM ALA THAI versi sendiri punya! Tqla kepada semua resepi yg aku ambil tu tp link xde sbb dah format laptop kan. Kira berani mati ko main campur bahan2 masak ikan mahal ni. Kalau tak jadi, bg kucing jawabnya. Tapi alhamdulillah sedap! Hubby kata lagi sedap dari yang masak sebelum ni. Pedas pun pedas, masin, manis semua cukup. Kuahnya pun pekat. Sedap di mulut kami tak tahulah sedap ke tak di mulut orang lain kan. Jangan ditanya mana pergi kepala ikan sebab masak 1/2 je nanti confirm tak habis. Nak makan 2 orang je. Aku masak hari ni mudah je, ada tempe dengan tauhu. Nak cepat masak sangat. Jadi lauk ini sajalah hari ini. Namun alhamdulillah ada juga rezeki.


IKAN SIAKAP STIM ALA THAI

Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan siakap - sederhana besar
1 batang serai- ketuk
1/2 bj bawang besar- hiris
2 ulas bawang putih - ketuk
4 bj cili padi -hiris
1 in halia - ketuk
1/4 kiub pati ikan bilis
1 bj limau kasturi- ambil jus
2 helai daun limau purut - buang urat
1 sb sos ikan
1/2 sb kicap cair
1/2 sb sos tiram
1 sb tepung jagung - bancuh dgn air
Gula
Daun sup, daun bawang

Kaedah:
1. Pastikan air di dalam pengukus telah dididihkan terlebih dahulu
2. Masukkan semua bahan di dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, gula dan daun sup. Rata kan bahan2, di atas dan bawah ikan
3. Masukkan juga sedikit air.
4. Kukus dalam 5-10min sehingga ikan masak.
5. Masukkan air bancuhan tepung, gula dan daun sup.
6. Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam. Jika masin, letak air lagi atau perahkan lagi limau.
7. Hidang. Boleh dimakan dengan air asam atau budu

Memandangkan lama sudah tak minum air kelapa muda jadi belilah semalam, RM3 sebiji kelapa. Airnya banyak tapi isinya kurang tapi jadilah sebagai penghilang rasa kepingin tu kan. Tempe goreng sambal ni memang kegemaran. Kalau dah namanya tempe, masak apapun memang laju je makan. Masak apapun sedap je di tekak ni.

Resepi: mel

TEMPE GORENG SAMBAL

Bahan-bahan:-
1 paket tempe - potong dadu
3 sb tepung jagung
1/2 bj bawang besar
2 sb bahan kisar (CLICK)
Garam, gula
Serbuk kunyit

Kaedah:
1. Tempe yang telah dibersihkan dilumur dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.
2. Goreng tempe hingga garing. Angkat dan toskan.
3. Ambil sedikit minyak gorengan tempe tadi. Tumis bawang besar hingga kekuningan.
4. Masukkan bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan garam dan gula.
6. Matikan api.
7. Masukkan tempe yang telah digoreng. Kacau sebati
8. Hidang

You Might Also Like

3 comment