AYAM

Chicken Chop

8:29 AM

Oh!Sangat senang rupanya nak buat chicken chop..Teruja betul..Hubby bagi rate 9/10..Kiranya sangat sedap la..uhuhu..Resepi yang sangat simple, mudah tapi bila makan memang licin..Kiranya aku berjaya buat la..Pernah mention nak buat this hidangan dalam entri sebelum ni..Klik here..Resepi kat bawah ni portion sesuai untuk 2 orang. Daging ayam ada 2 bahagian coz aku ni jenis tak makan bahagian tulang n hubby memang tak makan bahagian daging je.. Sos lada hitam tu bukan resepi aku, tak ingat mik dari mana tapi memang mudah dan sedap

Resepi: mel

CHICKEN CHOP

AYAM CRISPY

Bahan ayam:
2 ketul ayam - bahagian dada dan bahagian bertulang
1 sb tepung gandum
1 sb tepung beras
1/2 sb tepung jagung
Bread crumbs
Air
Garam
Kunyit

Kaedah:
1. Lumur kunyit dan garam pada ayam yang telah dibersihkan.
2. Bancuh semua tepung bersama air (seperti bancuhan nak goreng pisang). Letakkan sedikit garam dalam bancuhan.
3. Masukkan ketulan ayam dalam bancuhan tepung hingga semua permukaan diseliputi tepung.
4. Masukkan ayam ke dalam bekas yang ada bread crumbs. Salut bread crumbs di seluruh ayam.
5. Goreng ayam sehingga keemasan.

SOS LADA HITAM

Bahan2 sos lada hitam:
1/4 labu bawang besar - hiris kecil
1 sb serbuk lada hitam
1 sb mentega
1 sb bancuhan tepung gandum - tepung + air
1sb kicap manis
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
Garam

Kaedah:
1. Tumis hirisan bawang dalam mentega.
2. Masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau sebati
3. Masukkan kicap, sos cili dan sos tiram. Kacau sebati.
4. Masukkan lada hitam dan garam. Tambah air jika terlalu pekat. Kepekatan bergantung kepada kehendak masing-masing.
5. Angkat dan tapis sos tersebut. 

Coleslaw aku pernah buat dah..Klik SINI.
Kentang tu memang dah beli yang siap..Kalau buat sendiri pun boleh gak.

Resepi: My mom

KENTANG GORENG CRISPY
1. Lumur potongan kentang bersama garam, kunyit , 1 sb jintan manis, 3 sb tepung ayam ADABI dan 1 sb tepung beras.
2. Goreng keemasan.
(Boleh juga letak serbuk lada hitam kalau suka)

Dh siap semua, susun atas pinggan n tuang sos atas hidangan. 
Sos dituang pabila nak makan ye..Ayam ni memg akan rangup je luarnya.
Siap untuk dimakan..Sangat sedap! Nanti nak buat lagi..Oleh sebab tekak aku ni tekak Melayu jadi chicken chop ni aku bedal dengan nasi! hahaha

You Might Also Like

0 comment