KUIH

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api dan Kuih Gulung

8:13 AM


Masa kecil-kecil dulu memang suka makan hidangan ni, dah besar tak mau sentuh pula. Tak tahu kenapa.. Dah lama tak makan jadi dah lupa rasanya.. Samalah ulam macam jering ke, kerdas, petai@ durian pun, memang tak sentuh bila dah muda belia ni.. haha.. Buat this lauk special 4 my hubby.. Teringin katanya.. Part memasak, aku no hal. tapi part bersihkan benda hidup ni, kegeliaan amat la.. Last-last hubby juga yang kerjakan..

My mom kata jangan dimasukkan dalam fridge. Kalau beli dan tak nak masak pada hari yang sama, masukkan siput dalam bekas/baldi pastu tutup. Biarkan siput tu hidup-hidup dan nak masak baru dibersihkan.

Resepi: mel

SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

Bahan:                                                         
500g siput sedut - yang masih hidup. Bersihkan dengan daun serai
*4 bj bawang merah
*7 bj cili padi
*2 in kunyit/serbuk kunyit
1 cwn santan cair
1 cwn santan pekat
Garam
Sedikit minyak

Kaedah:
1. Tumis bahan tumbuk (*) hingga keemasan
2. Masukkan siput sedut.
3. Masukkan santan cair. Kacau sebati
4. Pabila dah mendidih, masukkan santan pekat
5. Sesuaikan rasa dan angkat


Kuih ni masak sebagai sarapan pagi.. Aku lupa ambil di mana tapi memang takde dah linknya sejak format laptop ni.. Not my fav coz aku tak suka benda manis-manis ni.. Tapi dah lapar, kuih bukan kesukaan pun sedap juga!

RESEPI: KUIH GULUNG PANDAN

Kulit:
1 cwn tepung gandum
1 cwn jus pandan - kisar daun pandan dan air
1 sb susu pekat
Pewarna hijau
Garam

Inti:
1 cwn kelapa parut
2 sb gula merah
3 sb gula pasir
1 cwn air

Kaedah:
1. Kacau bahan untuk kulit dalam mangkuk hingga sebati.
2. Tuangkan sesudu adunan di atas kuali non stick dan ratakan.
3. Pabila dah masak, angkat dan letak atas pinggan.
4. Untuk inti, masak di dalam periuk hingga sedikit kering. Angkat
5. Letakkan inti di atas kulit dan gulung.
6. Hidang

You Might Also Like

0 comment